Individu pukul bomba - lakukan siasatan segera

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin meminta siasatan dilakukan segera terhadap individu yang memukul anggota bomba yang melakukan kerja-kerja pemadaman kenderaan di Cheras siang tadi.

Video yang tular itu melihatkan seorang pemuda kelihatan dalam keadaan khayal cuba melepaskan diri dari anggota-anggota bomba yang menahan dirinya dari menghampiri sebuah Proton Persona yang sedang terbakar.

Pihak bomba dalam usaha untuk memadamkan kebakaran itu ketika individu tersebut memukul salah seorang dari anggota bomba.

Kejadian yang berlaku di sebuah jalan raya berhampiran dengan EconSave dan AEON itu tular petang tadi. Ramai mendakwa pemandu tersebut telah melanggar beberapa kenderaan sebelum terbabas dan Personanya terbakar.

Sebilah pisau pemotong daging turut dijumpai di dalam Proton tersebut.

Di bawah ialah video yang tular itu. 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia) on