Individu tular buang sampah tepi jalan sudah dipanggil - SWCorp

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari facebook SWCorp Johor
Video empat individu membuang sampah di tepi jalan di Taman Nusantara Prima di Iskandar Putreri, tular di Tik Tok sejak petang Ahad mengundang pelbagai kecaman warganet.


Video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

SWCorp Johor dalam kenyataannya memberitahu siasatan telah dijalankan bagi mengesan pelaku berdasarkan aduan salah laku pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi yang ditularkan di akaun Tik Tok pada 11 Januari lalu.

 

"Pelaku dikesan melalui nombor pendaftaran kenderaan dan Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan.

 

"Pelaku hadir ke Pejabat SWCorp Cawangan Iskandar Puteri untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

 

Menurut SWCorp Johor, kes disiasat mengikut Seksyen 71 (1) Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

 

"Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

 

 

- manusia diberikan akal tetapi masih ramai yang gagal menggunakannya -

 

Astro Awani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek kejadian…
Berita Domestik
  "MBPP memandang serius dan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang…
Berita Domestik
Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, hasil maklumat dan siasatan, JPJ telah mengeluarkan notis…