Indonesia bakal uji teksi terbang di ibu negara baharu, Nusantara

oleh Firdaus Razani|
gambar hiasan
Indonesia akan menguji teksi terbang pertamanya untuk ibu negara baharu negara itu di Nusantara pada Julai, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Lembaga Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono, memaklumkan bahawa alat ganti kenderaan telah tiba di Balikpapan di Kalimantan Timur.

Baterinya telah tiba di Jakarta dan akan dihantar ke Samarinda, sebuah bandar berdekatan di Kalimantan Timur.

Percubaan akan dijalankan di Lapangan Terbang Samarinda selama sebulan selepas bahagian-bahagian itu diperiksa dan dipasang.

Setiausaha IKN untuk transformasi hijau dan digital, Ali Berawi, kenderaan itu dilaporkan boleh membawa sehingga lima orang.

Teksi terbang itu adalah kerjasama antara Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI) dan Syarikat Hyundai Motors.

 

teksi

 

Pihak Berkuasa Bandar Raya Nusantara dan Hyundai menandatangani memorandum persefahaman untuk membangunkan ekosistem mobiliti udara termaju di Indonesia pada 2022.

Media tempatan melaporkan bahawa teksi terbang bakal menjadi kenyataan, dengan Indonesia menyertai barisan negara seperti Emiriah Arab Bersatu, Slovakia, dan Jepun, yang telah memulakan ujian.

Nusantara menjangkakan kenderaan itu akan terbang di atas bandar menjelang 2045.

Selepas percubaan, Hyundai dijangka membangunkan model perniagaan untuk teksi terbang melalui Supernal, anak syarikatnya di Amerika Syarikat yang mengkhusus dalam mobiliti udara bandar.

Ia juga akan membangunkan teknologi penerbangan autonomi untuk kenderaan.

 

Laporan Penuh di ChannelNewsAsia

Berita Berkenaan

Berita Global
"Pengembangan stesen pengecasan ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api import,…
Berita Global
Ia ditawarkan dengan tiga pilihan trim dengan julat harga bermula 379,000,000 – 429,000,000 RP(…
Berita Global
Menurut jurucakap agensi mencari dan menyelamat Denpasar, Nyoman Sidakarya, helikopter itu berlepas…