Indonesia cari kapal tangki untuk simpan minyak

oleh HEZERI SAMSURI|
Harga pasaran minyak bukanlah berita yang buruk untuk semua.

Indonesia contohnya, adalah salah satu pengimport produk petroleum terbesar di Asia dan sekarang ini ia merasakan mengimport bahan api itu adalah jauh lebih menguntungkan dari memprosesnya sendiri.

Indonesia sebenarnya memproses minyak mentah untuk kegunaan domestik mereka, dan ditambah dengan pembelian minyak terproses dari luar negara.

Syarikat petroleum nasional negara itu, PT Pertamina sudahpun menyewa sekurang-kurangnya tiga kapal tangki jarak jauh untuk menyimpan bahanapi petrol dan diesel yang dibelinya pada harga terendah sekarang.

Kapal-kapal itu disewa dari penghujung April dan awal Mei dengan tempoh minimum selama enam bulan, bersama pilihan untuk menggunakannya sebagai tangki simpanan berhampiran Singapura atau Sungai Linggi di Malaysia.

Menurut Serena Huang, penganalisa dari Singapura untuk syarikat Vortexa Ltd, Pertamina mungkin menyimpan bahanapi itu untuk sebab-sebab strategik, seperti membeli petrol dan diesel pada harga murah sekarang untuk kegunaan masa hadapan ataupun Pertamina mahu bersedia untuk proses penyelenggaran loji penapisan mereka.

 

 

Pertamina pula berkata ia akan menggunakan penyimpanan luaran apabila fasiliti simpanan mereka sudah mencapai tahap maksimum.

Jurucakap syarikat itu, Fajriyah Usman berkata syarikat itu sudah memulakan kerja-kerja penyelenggaraan di loji penapisan di Sungai Pakning dan di Balikpapan.

Sebelum itu, Pertamina sudah pun memulakan kerja-kerja penyelenggaraan di loji mereka di Plaju.

"Kami tidak pasti berapa banyak kapal tangki yang diperlukan," ujarnya.

Menurut data Bloomberg dan broker kapal, Pertamina menyewa kapal-kapal tangki SCF Prudencia, BW Zambesi dan Nordvenus. Setiap kapal itu mempunyai ruang penyimpanan sehingga 500,000 tong.

Pertamina juga sedang mencari kapal tangki Aframax dengan ruang simpanan 650,000 tong untuk menjadi pusat penyimpanan terapung. Surat tender yang akan ditutup pada 20 April itu menunjukan tempoh sewaan ialah dari 20 ke 30 Mei.

* Laporan asal dari Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada CNBC Indonesia, pihak berkuasa sedang meneliti Peraturan Presiden Nomor…
Berita Global
Diesel hijau pula dihasilkan melalui proses penapisan bersama minyak fosil mentah dan hasil sawit…