Indonesia ganti plet pendaftaran hitam kepada plet putih tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Autonetmagz
Negara jiran, Indonesia bakal menggunakan plet nombor pendaftaran (Tanda Nomor Kendaraan Bermotor, TNKB) dengan plet berwarna putih bertulisan hitam bermula tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada CNN Indonesia, Ketua Sub-Direktorat STNK Korps Lalu Lintas Kepolisian Republik Indonesia, Taslim Chairuddin berkata, penggantian warna plet tersebut adalah untuk memudahkan pemantauan menerusi kamera CCTV.

Menurut beliau, sistem kamera yang digunakan menghadapi masalah untuk mengecam tulisan putih pada plet berwarna hitam, seperti contoh 's' boleh disalah baca sebagai '5' atau sebaliknya.

"Dengan penggunaan warna plet putih, ia akan memudahkan lagi proses pembacaan angka atau huruf yang terdapat pada nombor pendaftaran kenderaan," jelas beliau.

Taslim turut menambah, penggunaan plet putih ini dikatakan mencontohi langkah yang dilaksanakan oleh negara-negara maju di mana ia jauh lebih berkesan untuk sistem saman berasaskan CCTV.
 

Indonesia


Berdasarkan peraturan baharu itu, ketentuan warna bagi plet kenderaan adalah seperti berikut:

1. Plet putih tulisan hitam - kenderaan persendirian, penguatkuasa undang-undang, Perwakilan Negara Asing (PNA) dan badan antarabangsa
2. Plet kuning tulisan hitam - pengangkutan awam
3. Plet merah tulisan putih -  kenderaan agensi kerajaan
4. Plet hijau tulisan hitam - kenderaan di kawasan perdagangan bebas serta fasiliti bebas cukai

Sumber: CNN Indonesia via Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
NPI siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.…
Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…