Indonesia jalankan ujian pelepasan keretapi HSR Jakarta-Bandung

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Ujian sistem elektrik katenari Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung bermula pada Rabu dengan pelepasan perlahan tren buatan China dari Stesen Tegalluar di Bandung.


Ujian itu bertujuan memastikan peralatan bekalan kuasa tren berkelajuan tinggi itu memenuhi keperluan untuk menjalankan beberapa siri ujian bersama kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini adalah kali pertama unit tren yang tiba di Indonesia pada 1 September muncul di landasan HSR Jakarta-Bandung, kata Xinhua.

 

Semua fungsi sistem bekalan kuasa pergerakan sudah diuji secara menyeluruh semasa ujian sehari itu.

 

Penunjuk dan parameter penting sudah memenuhi sepenuhnya kriteria reka bentuk, meletakkan asas yang kukuh untuk ujian dinamik dalam langkah seterusnya.

Dengan kelajuan reka bentuk 350 km sejam, HSR Jakarta-Bandung yang dibangunkan dengan teknologi China akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Jakarta dan Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat Indonesia, daripada lebih tiga jam kepada sekitar 40 minit.

 

 

 

Agensi