Indonesia lancar satelit Satria-1

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran Indonesia telah pun selesai melancarkan satelit Satria-1 ke orbit, menurut laporan Bernama.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Satelit itu berjaya dilancarkan ke orbit oleh roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat pada 18 Jun, 6.21 petang waktu tempatan (5.21 pagi waktu Indonesia barat) hari ini.

Menurut pemangku Menteri Komunikasi dan Informatik, Mahfud Md dalam satu kenyataan berkata satelit itu yang akan mula beroperasi pada Januari tahun depan menyediakan kualiti internet yang lebih baik ke kawasan luar bandar Indonesia.

“Satria-1 akan menangani keperluan capaian internet khususnya untuk perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kerajaan termasuk pertahanan dan keselamatan di pelbagai wilayah khususnya kawasan terpencil,” katanya.
 

satelit


Satelit itu dihasilkan oleh Thales Alenia Space, sebuah usaha sama oleh syarikat teknologi Perancis Thales Group dan konglomerat pertahanan Itali Leonardo yang beribu pejabat di Perancis.

“Satria-1 ialah satelit pelbagai fungsi milik kerajaan pertama di Asia dengan kapasiti terbesar,” menurut Presiden Joko Widodo, sambil menambah bahawa ia mengorbit di atas wilayah Papua.

Satelit seberat 4.5 tan dan mempunyai kapasiti jalur lebar 150 gigabit sesaat, dilaporkan berharga US$540 juta (US$1=RM4.61) dan mempunyai jangka hayat selama 15 tahun.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dilancarkan secara rasmi oleh Honda Prospect Motor, dengan penawaran spesifikasi tunggal Accord…
Berita Global
Bagaimanapun pada masa sama, beliau bergelut untuk menarik pelaburan swasta, dengan Belanjawan 2024…
Informasi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TransNusa, Datuk Bernard Francis berkata, penjualan tiket untuk…