Indonesia sasar produksi 600,000 EV & 2.45 juta motosikal elektrik menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran Indonesia mensasarkan angka produksi kenderaan elektrik bateri sebanyak 600,000 unit dan 2.45 juta motosikal elektrik menjelang tahun 2030.

Menurut kenyataan Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata, target produksi ini diharapkan mampu mengurangi pelepasan emisi CO2 sebanyak 2.7 juta tan untuk kenderaan beroda empat, dan 1.1 juta tan CO2 untuk motosikal beroda dua.

Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan Indonesia juga akan memperkenalkan insentif kepada pelanggan termasuklah bayaran muka sifar peratus, kadar faedah yang rendah, pengecualian cukai, pengecualan cukai import dan bermacam-macam lagi.

Sementara untuk pengusaha industri pula bakal menikmati insentif seperti pengecualian cukai, elaun cukai, pengecualian duti import, tanggungan duti oleh pemerintah dan pengurangan cukai untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menurut Agus lagi, terdapat tiga syarikat domestik yang telah membina fasiliti produksi untuk kenderaan beroda empat dengan kapasiti berjumlah 1,480 unit kenderaan setahun.

Laporan daripada CNN Indonesia turut menyebut terdapat 21 syarikat yang menghasilkan kenderaan beroda empat di Indonesia, dengan nilai pelaburan mencecah Rp 71.35 trilion (RM20.31 bilion) dan kapasiti produksi 2.35 juta unit setahun.

Untuk tahun 2021, Indonesia telah berjaya memproduksikan kira-kira 152 ribu unit kenderaan sepanjang tempoh Januari-Februari 2021 dengan penjualan kira-kira 102 unit untuk tempoh yang sama.

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada kesempatan tersebut, Jokowi mendedahkan bahawa beliau telah berbincang dan melawat kilang…
Informasi
  Pesawat tersebut diterbangkan oleh juruterbang warga Britain dan diperintahkan mendarat di Batam…
Berita Global
  “Jika kesesakan di gerbang tol melebihi satu kilometer maka ia tidak perlu dibayar, automatik…