Hal ini diumumkan oleh Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Brigader Jeneral Ahmad Ramadhan seperti yang dilaporkan oleh Tribunnews, baru-baru ini.
Ujarnya, penukaran warna tersebut dikatakan mampu menyokong sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE) berasaskan kamera, serta pengaktifan pembayaran tempat letak kenderaan elektronik.
Selain itu, pemasangan cip RFID juga akan turut dilaksanakan pada tahun 2023 untuk tujuan identifikasi kenderaan, terutama ketika mengesan kesalahan lalu lintas.
Dalam pada itu, sebuah lagi laporan daripada Tribunnews memetik kata-kata Pengarah Unit Polis Trafik, Brigedier Jeneral Yusri Yunus yang menyebut pihaknya akan memastikan rakyat tidak akan terbeban dengan pemasangan sistem terbaharu itu.
Jadi, Malaysia bila lagi?
Sumber: Tribunnews