Industri automotif Australia terkubur Jumaat lalu

oleh HEZERI SAMSURI|
Selepas Toyota dan Ford, akhirnya General Motors juga tewas dan Jumaat lalu ia menutup kilangnya di Selatan Australia.

Kilang tersebut memasang kenderaan berjenama Holden, khusus untuk produk GM di Australia. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia mula beroperasi sejak tahun 1948 tetapi akhirnya kecundang kerana produk-produk GM tidak begitu popular di Australia.

Walaupun jualan SUV di Australia meningkat dan mencapai jualan sebanyak 40,000 unit untuk bulan Jun lalu, namun SUV dari GM tidak berjaya menawan hati pasaran di sana.

GM akan memindahkan pemasangan kenderaan di Australia ke Jerman di mana kilang di sana mempunyai kadar penggunaan robot yang lebih tinggi dan ia akan menurunkan kos pemasangan.

Namun begitu Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata pekerja-pekerja dari kilang automotif ini boleh diserapkan ke industri pertahanan kerana Australia bercadang untuk meningkatkan bajet untuk tentera mereka dan akan membelanjakan sebanyak A$30 billion bagi membina kapal frigate, Armoured Personnel Carrier dan juga kapal selam.

 

Holden Malibu

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…