Industri automotif masih lumpuh - susahnya bila PM runsing hal lain

oleh HEZERI SAMSURI|
Semalam, presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad meminta agar pihak kerajaan membenarkan kilang pemasangan dan pusat agihan kenderaan serta alat ganti dan juga dewan pameran kenderaan baharu dibenarkan beroperasi semasa Fasa Satu dan Fasa Dua dalam Pelan Pemulihan Negara.

Buat masa sekarang, kesemua sektor itu akan hanya dibenarkan semasa Fasa Ketiga dalam pelan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Ini jelas terlalu lambat untuk pemain industri," ujar Aishah kepada akhbar The Star.

Careta sendiri sudah acap kali menulis berkaitan keperluan negara membuka beberapa sektor ekonomi penting agar ekonomi kekal teguh.

Faktor-faktor luar kawalan seperti peningkatan kos penghantaran dan kos bahan mentah adalah diluar kawalan kita. Namun begitu, apa yang berlaku di dalam pasaran domestik masih boleh dikawal.

Kilang-kilang pemasangan automotif bukannya seperti kilang sarung tangan getah. Kilang automotif mempunyai SOP yang ketat, dan kerana itu ia adalah antara industri yang pertama dibenarkan beroperasi di kebanyakan negara-negara Eropah.

Perodua contohnya, turun sendiri untuk memantau keadaan kilang-kilang vendor mereka agar SOP dipatuhi.

Sekiranya kerajaan tidak yakin SOP boleh diikuti, maka ini adalah satu kelemahan di pihak yang sepatutnya memantau dan jika tidak ada sebarang usaha untuk membaiki kelemahan ini, Malaysia akan terus statik dan menunggu untuk dipintas oleh Vietnam, Indonesia dan lain-lain negara jiran.

 

 

 

Saya teringat beberapa tahun lalu di mana seorang VIP berkata ia mahu mengharamkan penggunaan motosikal di kawasan ibukota kerana terlalu banyak kes ragut.

Ini ibarat marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.

Pemimpin yang bagus tidak mengambil langkah "short cut" untuk menyelesaikan masalah. 

Buat masa sekarang, ramai yang menjalankan perniagaan bukan keperluan (non essential) terpaksa duduk melangut dan mencari kerja-kerja lain (jika ada dan jika mampu) bagi meneruskan kehidupan.

Sewa premis perniagaan masih berjalan, gaji pekerja harus ditunaikan dan kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilakukan - semuanya menggunakan duit, bukan daun kering yang gugur dari pokok.

Duit simpanan juga sudah menyusut kerana Covid-19 ini sudah hampir satu setengah tahun berlangsung. 

Dengan jumlah angka yang tidak turun-turun, imunisasi adalah satu cara terbaik untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Ini ialah apa yang dilakukan di negara-negara maju dan juga di China. 

Peningkatan jumlah vaksinasi nampaknya semakin baik, dan untuk penduduk Lembah Klang, pusat vaksin secara "walk in" juga sudah dimulakan dan harapnya akan diperkenalkan di tempat-tempat lain.

Mungkin sudah tiba masanya kita mula berfikir secara rasional.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…