Industri EV China berdepan masalah - Beijing kini tumpu sel bahan api hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep kenderaan tenaga baharu (New Energy Vehicle) mendorong China untuk menjadi salah sebuah kuasa besar dunia dan saban hari kita melihat pelbagai jenama yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. 

Dengan kehadiran subsidi yang menguntungkan semua pihak, tidak menghairankan jika China layak dinobatkan sebagai perintis dunia di dalam penghasilan dan penjualan kereta elektrik. 

Namun, tiap benda yang baik tidak akan kekal, begitu juga dengan industri EV yang kini berhadapan dengan masalah apabila kerajaan China kini lebih berminat kepada kereta berkuasa hidrogen. 

26 Mac yang lalu, Menteri Kewangan, Menteri Sains dan Teknologi dan agensi yang berkaitan memutuskan untuk mengurangkan subsidi untuk EV sehingga 67%. 

Kereta elektrik dengan jarak operasi sehingga 400 km dan ke atas akan dipotong subsidi sehingga separuh, kira-kira 25,000 yuan (RM15,224) daripada jumlah penuh 50,000 yuan. 

Manakala untuk memperoleh subsidi EV, sebuah kereta elektrik perlu mencapai jarak operasi paling kurang 250 km, tambahan 100 km berbanding sebelum ini. 

Bantuan subsidi EV ini pula akan beransur-ansur dimansuhkan menjelang tahun 2020.

 


Semua ini bermula daripada tindakan Perdana Menteri China Li Keqiang melawat Jepun tahun lalu dan ketika di kilang Toyota, sebuah Toyota MIRAI menarik perhatian beliau. 

Ini dibantu dengan fakta bahawa Toyota MIRAI hanya mengambil masa kira-kira tiga hingga empat minit untuk memenuhi tangki bahan api hidrogen dengan jarak operasi sejauh 650 kilometer.

Menurut laporan daripada beberapa media China, sekembalinya Li daripada Jepun, sebuah jawatankuasa dibentuk bagi membangunkan teknologi sel bahan api hidrogen - menandakan kebangkitan kereta hidrogen dan membenamkan teknologi EV. 

Tidak dapat dinafikan, teknologi EV masa kini sebenarnya mampu memberikan kesan kepada alam sekitar. 

Proses perlombongan logam berat seperti nikel, kobalt dan mangan mampu memberikan kesan kepada sumber air berdekatan, manakala bahan buangan yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan pencemaran alam sekitar yang lebih serius.
 


Kesan daripada pengumuman polisi subsidi terbaharu ini menyebabkan lebih banyak pengeluar EV China mengalami kerugian. 

Seperti contoh, BYD yang merupakan kuasa besar dalam pasaran domestik China merekodkan pengurangan keuntungan 31.6 peratus pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya. 

Dengan keuntungan sebanyak 2.78 billion yuan, BYD menjelaskan bahawa pengurangan kadar keuntungan adalah disebabkan pengurangan subsidi dan peningkatan kos pembangunan sesebuah produk.

Pada kemas kini laporan tahunan 2018 yang diumumkan awal bulan lalu, NIO juga melaporkan kerugian bersih sebanyak 9.639 billion yuan (RM5.92 billion), peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2017. 

Kesannya, NIO turut mengumumkan untuk membatalkan pembinaan fasiliti pemasangan baharu yang terletak di Shanghai. 

Sumber: The Epoch Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…
Berita Global
Super coupe elektrik Spectre itu telah menempuh pelbagai jenis keadaan seperti salji Arctic, padang…
Berita Global
Untuk permulaan, tidak lebih daripada 100 unit BMW iX5 Hydrogen yang akan dihasilkan, dan ia akan…