Industri tayar US terkesan kerana produk import dari Korea, Taiwan dan Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa US (ITC) semalam berkata pembuat tayar US terkesan kerapa pengimportan masuk tayar-tayar kereta dan trak ringan dari Korea, Taiwan dan Thailand.

ITC juga berkata tayar-tayar kenderaan penumpang bersubsidi dari Vietnam juga memberi kesan kepada pembuat tayar tempatan negara Uncle Sam itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jabatan Perdagangan US berkata akibat itu, ia akan mewujudkan arahan "antidumping" atau anti-lambakan kepada produk-produk berkaitan dari Korea, Taiwan dan Thailand dan juga menimbangbalas pesanan import tayar dari Vietnam.

Tindakan ini ialah untuk memastikan syarikat tempatan di US terlindung kerana syarikat-syarikat itu memberikan pekerjaan kepada jutaan penduduk negara tersebut.

Di Malaysia, pengimportan masuk pelbagai barangan automotif tidak begitu dikawal rapi dan ini akan memberikan cabaran dan impak kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kilang di dalam negara.

Jika kilang-kilang ini tutup, ribuan warga Malaysia akan kehilangan pekerjaan.

* Laporan dari Reuters

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi…