Ineos Grenadier 2023 - lebih murah berbanding Defender, dari RM268k di UK

oleh Mohamad Hanif|
Ineos baharu sahaja mengumumkan harga jualan bagi model SUV off-road Grenadier untuk pasaran United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model Grenadier boleh didapati dalam versi Utility Wagon dengan dua tempat duduk, atau versi lima tempat duduk.

Versi dua tempat duduk ini dikhususkan untuk membawa muatan kargo dengan rekaan lantai yang rata, serta penghadang muatan ketinggian penuh di bahagian belakang pemandu.
 

Ineos


Ia menawarkan ruang kargo sebesar 2,088 liter, mampu menunda muatan seberat 3,500 kg dan menarik beban sehingga 5,500 kg.

Versi lima tempat duduk pula menawarkan ruang kargo sebesar 1,152 liter.

Kedua-dua model tersebut boleh dipadankan dengan enjin BMW enam silinder sebaris 3.0 liter turbo, di mana versi petrol mampu menghamburkan kuasa 282 hp dan 450 Nm, sementara versi diesel pula menghasilkan kuasa setinggi 246 hp dan 550 Nm.
 

Ineos


Harga jualan Ineos Grenadier bermula dari £49,000 (RM268,220) untuk versi Utility Wagon manakala versi lima tempat duduk pula bermula dari £52,000 (RM284,641).

Sebagai perbandingan, harga jualan Land Rover Defender 110 dengan kuasa kuda yang sepadan dijual pada harga bermula dari £53,745 (RM294,193).

Ineos juga akan menawarkan dua varian Grenadier yang digelar sebagai Trialmaster dan Fieldmaster, kedua-dua berharga dari £59,000 (RM322,958).
 

Ineoes


Varian Trialmaster direka untuk pemanduan off-road yang lebih ekstrem, dimana ia mendapat kelengkapan standard Smooth Pack (kamera pandang belakang, lampu lopak, cermin sisi dengan pemanas, outlet kuasa USB) dan Rough Pack (diff lock depan dan belakang, tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO2, kemasukan udara ditinggikan, tali sawat utiliti dan bateri bantuan).

Sementara varian Fieldmaster pula direka untuk gaya hidup yang serba aktif, di mana ia hanya didatangkan dengan pakej Smooth Pack yang disebutkan tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos…
Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Ineos juga sedang merancang untuk menguji Grenadier yang dilengkapi…