Ineos Grenadier - SUV 4x4 isi ruang kosong yang ditinggalkan Defender

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun masih di dalam peringkat pembangunan, Ineos Automotive baru-baru ini telah pun memperlihatkan secara rasmi rupa sebenar Ineos Grenadier - atau lebih senang digelar sebagai Defender yang bukan dihasilkan oleh Land Rover.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ineos Grenadier dibangunkan di atas platform serba baharu dan sistem suspensi - kedua-duanya oleh Magna Steyr - yang direka untuk menawarkan prestasi pemanduan off-road yang tiada tandingan, dan masih mampu menawarkan keselesaan yang tersendiri.

 


Walaupun rekaan Ineos Grenadier banyak membawakan persamaan dengan Land Rover Defender, ternyata apa yang cuba Ineos Automotive lakukan memberikan rupa yang lebih malar segar terhadap rekaan asal Land Rover Defender.

Daripada luaran, beberapa elemen Defender boleh didapati seperti lampu utama berbentuk bulat, profil badan yang bersegi dan berkotak, fender yang bersegi dan terdapat kehadiran beberapa komponen seperti bar bumbung dan pad beban yang terbina pada bumbung membolehkan muatan diletakkan tanpa kehadiran rak bumbung.

 


Sementara itu di bahagian belakang  menampilkan ruang tayar simpanan, lampu belakang berbentuk bulat, skid plate dan tangga kecil yang memberikan akses kepada ruang atas bumbung.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Ineos Grenadier bakal membawakan trenkuasa yang dipinjam daripada BMW, iaitu enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo yang dipadankan dengan sistem transmisi ZF lapan nisbah kelajuan.

Sehingga kini, tiada sebarang informasi berkenaan angka output yang bakal dihasilkan oleh nadi enam silinder sebaris itu, namun Ineos bakal hadir dengan talaan yang tersendiri untuk model Grenadier itu.

 


Pihak Ineos akan berganding bahu dengan Magna Steyr untuk menguji secara ekstensif prestasi Grenadier merangkumi jarak sejauh 1.8 juta kilometer sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan SUV off-road tersebut.

Menurut pengerusi Ineos, Sir JIm Ratcliffe berkata, "projek Grenadier bermula dengan meneliti ruang lompong yang ditinggalkan oleh sebilangan besar pengeluar di dunia bagi menghasilkan sebuah kenderaan utilitarian off-road.

"Selain menghasilkan sebuah 4x4 yang tahan lasak, berkeupayaan dan mudah dipercayai, ia juga perlu menampilkan rupa yang menarik, dan pasukan pereka telah berjaya menghasilkan rupa sebuah kenderaan yang tersendiri dan berfungsi.

 


Harga jualan juga masih belum diumumkan, namun pihak Ineos mensasarkan penjualan model Grenadier ini bermula sekitar $30,000 (RM128,445).

Sebagai perbandingan, harga jualan Land Rover Defender generasi baharu model 110 bermula dari $49,990 (RM214,032) di Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos…
Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
Model Grenadier boleh didapati dalam versi Utility Wagon dengan dua tempat duduk, atau versi lima…