Ineos perlihat susun atur ruang kabin Grenadier - macam kokpit kapal terbang!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Ineos baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi rekaan ruang kabin SUV off-road Grenadier yang dijadualkan memasuki fasa produksi menjelang pertengahan tahun 2022 nanti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa, Ineos Grenadier merupakan 'kembar' tidak seiras SUV off-road yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Land Rover Defender versi terdahulu.

Pembangunan SUV off-road 4x4 ini dibuat bersama-sama Magna Steyr yang bertanggungjawab terhadap casis, sementara unit enjin dan transmisi pula disumberkan oleh BMW.

 


Ruang kabin Ineos Grenadier ini sekali imbas boleh diibaratkan sebagai ruang kokpit kapal terbang, di mana ia banyak dikuasai oleh butang-butang fungsi fizikal yang besar dan mudah untuk dicapai, seperti kawalan iklim, pemanas tempat duduk, pemanas tingkap, dan sistem audio.

Tidak ketinggalan, gugusan butang tambahan yang dimuatkan pada bahagian bumbung sementara di bahagian papan pemuka pula menempatkan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci serta kehadiran jam analog.

Bertepatan dengan tema SUV off-road, Ineos mendatangkan penggunaan bahan yang lebih tahan lasak dan kalis kotoran, sementara bahagian lantai pula terdapat lubang khas untuk menyalurkan air ke luar kenderaan.

 


Salah satu perkara yang dilihat aneh ada pada ruang kabin Ineos Grenadier ini sudah pasti tombol penukaran posisi gear yang disumberkan daripada BMW.

Seperti apa yang kami pernah laporkan sebelum ini, unit trenkuasa untuk Ineos Grenadier ini diperoleh daripada BMW, terdiri daripada enjin enam silinder sebaris (petrol dan diesel) serta padanan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan.

Sementara di bahagian sisi tombol gear pula menempatkan tuil manual yang dikhususkan untuk transfer case jenis low-range.

 


Sebelum ini,  Ineos Automotive mengumumkan mereka akan menangguhkan produksi sehingga pertengahan tahun 2022.

Menurut CEO Ineos Automotive, Dirk Heilmann menjelaskan, "kami hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk ini, di mana sasaran kualiti serta prestasi kekal menjadi keutamaan.

"Kami tidak akan mengambil jalan mudah. Setelah mendapat keputusan positif, kami yakin berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran dan membenarkan produksi bermula seawal Julai tahun hadapan," tambah beliau lagi.

Baca: Ineos Grenadier - SUV 4x4 yang mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Land Rover Defender

Baca: Produksi Ineos Grenadier ditangguhkan ke tahun 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos…
Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
Model Grenadier boleh didapati dalam versi Utility Wagon dengan dua tempat duduk, atau versi lima…