Infiniti QX80 2025, 3.5L V6 turbo berkembar, 3 baris kerusi, daripada AS$82.5 ribu (RM388 ribu)

oleh Muhammad Md Tajudin|
INFINITI QX80
INFINITI QX80
Gah! Itulah yang bermain di fikiran apabila pertama kali melihat Infiniti QX80 2025 yang mewakili generasi ketiga selepas dikeluarkan pada 2004.

QX80 merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah tiga baris tempat duduk yang berada dalam liga BMX X7, Lexus LX dan model lain keluaran Amerika Syarikat (AS).

Bahagian luar membawa gaya Artistry in Motion dengan rupa depan menampilkan jeriji Double Arch baharu Infiniti. 

Sebagai perakuan kepada hospitaliti Jepun, QX80 menyambut pemandu dan penumpang dengan turutan dramatik termasuk pilihan INFINITI Light Path.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Infiniti QX80

 

Berapa besar QX80? Panjang 5,364.5 milimeter (mm) bagi memuatkan tiga baris kerusi dengan jarak roda 3,073 mm, lebar 2,349.5 mm dan tinggi 1,978.7 mm.

SUV berkotak dan besar begini mempunyai pekali seretan 0.37 Cd.

Untuk mengharungi laluan off-road, QX80 mempunyai jarak kelegaan bumi 254 mm, pelepasan depan 571.5 mm, tengah 647.7 mm dan belakang 622.3 mm (mengikut varian).

Walaupun berkotak, hendal pintu kemas tersorok di dalam badan kereta dan dikeluarkan secara automatik apabila fob kunci dibawa berdekatan.

 

Infiniti QX80

 

Bahagian dalam meriah, mewah dan canggih dengan reka bentuk dan balutan papan pemuka yang mempunyai dua skrin saiz 14.3 inci dan panel digital pada konsol tengah.

Ciri kemewahan diserlahkan lagi dengan sistem audio Klipsch®. Sistem maklumat hibur INFINITI in Touch® terbaru dilengkapi sistem Google terbina dalam.

Panel atau skrin digital di depan konsol tengah berukuran sembilan inci dan menempatkan kawalan suhu, fungsi pemanas kerusi dan mod pemanduan.

Sistem Biometric Cooling membolehkan penumpang baris kedua menikmati suhu selesa.

 

Infiniti QX80

 

Penderia infra merah pada siling mengesan penumpang yang panas dan dengan pantas melaras suhu serta aliran udara sejuk kepada kerusi baris kedua.

Sistem Front Wide View menggunakan kamera bagi menyediakan pandangan lebar sehingga sisi kereta dan ditayangkan di dalam kedua-dua skrin 14.3 inci.

Sistem Invisible Hood View pula menayangkan imej hadapan kereta manakala Journey Diary merakam gambar atau video dari kamera untuk dimuat naik ke media sosial.

 

INFINITI QX80 2025

 

Kesemua varian QX80 digerakkan enjin VR35DDTT 3.5 liter V6 turbo berkembar yang menghasilkan 450 kuasa kuda (hp) dan tork 700Nm!

Enjin dipadan bersama transmisi automatik sembilan kelajuan dengan julat nisbah gear 40 peratus lebih lebar untuk tindak balas yang bagus dan bahan api yang cekap di lebuh raya.

Nissan menawarkan pacuan roda belakang (RWD) atau empat roda (4WD) INFINITI All-Mode®.

Pelanggan juga boleh memilih sistem Ampaian Udara Elektronik dan Ampaian Digital Dinamik untuk mutu pemanduan dan pengendalian lebih baik.

 

Infiniti QX80

 

Ampaian udara merendahkan badan kereta sebanyak 1.2 inci untuk aerodinamik. Apabila diparkir, badan direndahkan 2.8 inci daripada ketinggian asal kepada tahap Easy Access.

Fungsi itu memudahkan penumpang keluar dan masuk atau memasukkan dan mengeluarkan barang dari kereta.

Di laluan yang mencabar, tetapan off-road menaikkan ampaian sebanyak 2.4 inci. 

Sistem Ampaian Digital Dinamik mencerap pergerakan kereta secara berterusan dan mengatur daya redaman dengan kawalan elektronik.

 

INFINITI QX80 2025

 

Lagi sentuhan pada pemanduan dan pengendalian seperti rangka dengan kekakuan lateral 58 peratus lebih tinggi berbanding model dahulu. 

Turut dilengkapi rak stereng berkuasa elektrik dan secara keseluruhannya melonjakkan kekakuan kilasan (torsional) sebanyak 300 peratus.

Dari segi teknologi pemanduan, QX80 dilengkapi sistem ProPILOT Assist 2.1 dan pertama kali digunakan pada model Infiniti.

Varian dan harga Infiniti QX80 2025:

QX80 Pure

  • RWD: AS$82,450 (RM388,600)
  • 4WD: AS$85,550 (RM403,211)

QX80 Luxe

  • RWD: AS$89,550 (RM422,064)
  • 4WD: AS$92,650 (RM436,684)

Sensory

  • 4WD: AS$100,645 (RM474,367)

Autograph

  • 4WD: AS$110,595 (RM521,333)

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Infiniti

 

INFINITI QX80 2025