Info dalam buku manual tidak tepat, Subaru panggil semula 4,600 unit WRX 2022

oleh Mohamad Hanif|
Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah memanggil semula lebih dari 4,600 unit sedan Subaru WRX tahun 2022 di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berpunca daripada informasi dan maklumat tidak tepat yang didapati pada buku manual (siapa baca buku manual sekarang ni?) berkaitan fungsi bantuan suluhan tinggi, di mana ia mampu menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna serta meningkatkan risiko kemalangan.
 

WRX


Kesilapan ini didapati melanggar peraturan yang terkandung di dalam piawaian Federal Motor Vehicle Safety Standards negara tersebut.

Mujur, para pemilik Subaru WRX yang terjejas akibat kempen panggil semula ini tidak perlu berbuat apa-apa, sebaliknya Subaru sendiri akan menghantar cetakan maklumat yang lebih tepat kepada mereka.

Baca: Subaru WRX 2022

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Informasi
Kenapa sedan ini mempunyai elemen crossover? Kenapa fender flare Subaru WRX ini tidak dicat…
Berita Global
Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX…
Model Terbaharu
Dibangunkan atas platform Subaru Global, generasi baharu Subaru WRX 2022 ini membawakan beberapa…