Sehingga kini, ia masih lagi tidak kelihatan akan menjadi kenyataan.
Namun, informasi yang terbocor baru-baru ini mendedahkan Toyota sebenarnya sudah pun merancang untuk membawakan transmisi manual untuk GR Supra.
Maklumat terbaharu ini mencadangkan penawaran transmisi manual khusus untuk model berenjin enam silinder sebaris!
Sementara model GR Supra dengan nadi 2.0 liter akan terus ditawarkan dengan kotak gear automatik lapan nisbah kelajuan.
Langkah ini mampu menolong Toyota untuk membezakan GR Supra daripada kembarnya BMW Z4 yang ada ditawarkan dengan transmisi manual, namun penawaran itu dikhususkan untuk varian asas sDrive20i sahaja.
Difahamkan, Toyota akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kehadiran GR Supra dengan transmisi manual pada bulan depan, sementara produksi akan bermula di Magna Steyr, Austria pada Julai ini.
GR Supra bertransmisi manual itu dijangka akan mula dijual pada Oktober 2022.
Sumber: Reddit