Ingat lagi Nissan Cube? Ini Cube Rider yang diperkenal pada 2018

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Cube Rider
Nissan Cube Rider
Tahukah anda? Nissan Cube boleh dimiliki di negara kita sama ada unit recond atau terpakai.

Cube sememangnya direka unik dan walaupun sarat dengan citarasa Jepun yang berkotak, kereta ini turut dijual di Amerika Utara dan Eropah.

Dari segi sejarah, Cube generasi pertama dikeluarkan pada tahun 1998 hingga 2002. Reka bentuknya berkotak dan bersegi dan bukan dengan bucu bujur atau comel seperti sekarang.

Cube generasi kedua dikeluarkan pada tahun 2002 hingga 2008 dan model ini turut dikenali sebagai Mitsuoka M-Box atau MPV di negara kita. 

Cube generasi ketiga melangkah jauh apabila diperkenalkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Los Angeles 2008 dan kemudiannya diperkenal di Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan Cube Rider

 

Cube terbaru ini dibangunkan dari pelantar B Pakatan Renault dan Nissan. Enjin pula ada beberapa sesaran seperti 1.5L, 1.6L, 1.8L dan 1.5L diesel bergantung kepada pasaran.

Seperti biasa, kenderaan Nissan mempunyai model istimewa yang lebih sporti dan Cube Rider diperkenal di Jepun pada 17 April 2018.

Cube Rider sebenarnya telah diperkenalkan sebelum itu lagi dan versi terbaru ini mempunyai beberapa perubahan spesifikasi. 

Di antaranya peredam bunyi sport yang sebelum ini aksesori pilihan dijadikan kelengkapan standard dan begitu juga dengan lampu utama bi-xenon.

 

Nissan Cube Rider

 

Satu ciri atau identiti model Rider ialah kit badan yang tidak keterlaluan tetapi cukup untuk mengubah penampilan kenderaan Nissan.

Sebagai contoh bilah gril dan bampar melintang dan berwarna krom. Untuk model ini, bilah gril dan bampar dibuat dalam warna krom gelap.

Berkenaan rangkaian kuasa, Cube Rider menggunakan enjin 1.5L HR15DE dan dipadan bersama transmisi CVT dengan pacuan 2WD.

 

Nissan Cube Rider

 

Tentang harga, Cube Rider dijual pada 2,030,400 yen dan ada tak yang berkenan dengan model ini?

Satu khabar menarik anda sebenarnya boleh menemui Cube Rider yang belum didaftarkan di lot pameran pengimport bebas pada harga sekitar RM84 ribu!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Nissan

 

Nissan Cube Rider

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Patrol Super Safari atau juga dipanggil sebagai VTC diasaskan dari Patrol generasi kelima yang…
Berita Global
  Dari sini boleh dipelajari bahawa usia bukan halangan untuk sesebuah pengeluar terus menawarkan…