Ingat lagi SsangYong Musso? Ini varian baharu, pikap Musso Saracen+

oleh Muhammad Md Tajudin|
SsangYong Musso Saracen+
SsangYong Musso Saracen+
Tajuk artikel ini sengaja 'mengundang' kerana penulis pernah menerbitkan artikel tentang pikap SsangYong Musso pada Ogos 2021.

Apatah lagi satu ketika dahulu kenderaan SsangYong begitu popular di negara kita.

Semasa artikel 2021 diterbitkan, SsangYong masih lagi berada di bawah pemilikan Mahindra Automotive.

Kini tidak lagi di bawah syarikat asing, SsangYong kembali dimiliki konglomerat atau chaebol Korea iaitu KG Group.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SsangYong Musso Saracen+

 

Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong kekal aktif dan baru sahaja memperkenalkan pikap Musso Saracen+.

Sebagai rujukan, Musso adalah nama lain pikap Actyon yang pernah ditawarkan di negara kita.

Musso Saracen+ adalah tambahan kepada varian sedia ada iaitu EX, Rebel dan Saracen. 

Perbezaan utama pada Saracen+ ialah kotak kargo (bed) yang lebih panjang berbanding ketiga-tiga varian tersebut.

 

SsangYong Musso Saracen+

 

Walaupun kotak kargo lebih panjang atau lebih tepat bertambah 12 inci, casis dan platform kekal sama seperti model double cab.

Selain itu, SsangYong turut memperkemaskan bahagian luar dengan melayangkan cat hitam pada cermin sisi dan rim 18 inci dengan tayar 255/60.

Warna serba gelap termasuk gril besar di depan menampakkan sisi misteri dan 'jahat' pikap ini. 

Menggerakkan kesemua varian Musso ialah enjin 2.2 liter e-XDi220 diesel turbo yang menghasilkan 202ps pada 3,800 rpm dan tork 441Nm dari 1,600 rpm hingga 2,600 rpm.

 

SsangYong Musso Saracen+

 

Pembeli diberi pilihan untuk memadankannya dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan. 

Musso Saracen+ pula hanya ditawarkan dengan transmisi automatik.

Satu ciri menarik pada Musso Saracen+ dan juga varian lain ialah suspensi double wishbone dan dua gegelung (dual coil spring).

Dari segi keupayaan, Musso (automatik) satu-satunya model di dalam segmennya di UK yang boleh menunda beban 3.5 tan dan membawa muatan lebih satu tan secara serentak.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

SsangYong Musso Saracen+