Ingin ke Korea secara percuma? Sertai pertandingan "Kia Blackpink Wanna Be"

oleh SALINA JALIL|
Naza Kia Malaysia menawarkan anda berjumpa dengan kumpulan penyanyi wanita Kpop yang sedang popular, Blackpink. Di samping dapat bertemu dan menyaksikan konsert kumpulan Blackpink ini, anda juga diterbangkan ke Korea secara percuma dan ditanggung sepenuhnya!


Anda cuma perlu menyertai pertandingan "Kia Blackpink Wanna Be" dan hadir ke pameran bergerak seluruh negara Naza Kia Malaysia selama tujuh minggu yang akan datang untuk mencari peminat sejati Blackpink di Malaysia. Pameran bergerak seluruh negara ini adalah platform untuk pertandingan ‘Kia Blackpink Wanna Be’.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu rekodkan diri anda berpakaian, bernyanyi dan menari seperti ahli kumpulan Blackpink kegemaran anda, muatnaik video tersebut di laman Facebook atau Instagram anda dengan hashtag: 

 

#KIAMalaysiaBLACKPINK 


#KIABLACKPINKWANNABE 


#KiaOnBeat 

 


Jangan lupa anda juga perlu masukkan hashtag lokasi persaingan yang menjadi pilihan anda; contoh #Penang

 


Sila pastikan laman media sosial anda adalah terbuka (Public), hantarkan pautan ke url ini:  https://bit.ly/BLACKPINKContestForm.

 

 

Kempen ‘Kia Blackpink Wanna Be’ telah pun bermula di Pulau Pinang. Lokasi seterusnya adalah di Johor Bahru pada 5 Oktober, Melaka pada 12 Oktober dan Selangor pada 16 November.

 


Hanya lima peserta terbaik dari setiap lokasi pameran bergerak yang berjaya meniru aksi ahli Blackpink melalui lip sync dan pemakaian akan memasuki peringkat separuh akhir, sebelum bersaing untuk menjadi salah satu daripada lima finalis untuk acara grand finale yang akan berlangsung pada 17 November 2019 di Sunway Pyramid, Bandar Sunway.

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari http://bit.ly/KIABLACKPINKWannaBe dan ikuti laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/kiamalaysia/.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…