Ingkar arahan polis, Proton Wira memecut dan hilang kawalan, terbabas masuk sungai

oleh SALINA JALIL|
Dua beradik ditahan kerana ingkar arahan polis dan melarikan diri ketika diminta memberhentikan kenderaan dalam rondaan di Jalan Tanjung Minyak, Melaka awal pagi semalam.


Kedua-dua suspek berusia 25 dan 30 tahun yang berasal dari Selangor itu dihampiri kereta peronda polis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kereta peronda polis mendekati kenderaan yang dinaiki tiga individu untuk membuat pemeriksaan tetapi pemandu bertindak memecut laju untuk mengelak daripada pemeriksaan.

 

Menurutnya, ketika kejar-mengejar suspek turut membaling alat pemadam api serta tiga unit bateri kenderaan ke arah kereta peronda polis bagi menghalang daripada terus dikejar.

 

Bagaimanapun katanya, kereta Proton Wira yang dipandu suspek hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke dalam sungai tetapi salah seorang daripada mereka berjaya melarikan diri.

 

"Dalam kejadian pagi tadi anggota polis dan seorang anggota Tentera Malaysia (ATM) sedang membuat rondaan sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan yang mencurigakan.

 

"Suspek turut membaling alat pemadam api serta tiga unit bateri kenderaan ke arah kereta peronda polis bagi menghalang daripada terus dikejar," katanya ketika dihubungi.

 

Tambahnya, pemeriksaan terhadap dua beradik itu tidak menjumpai sebarang benda terlarang namun kenderaan yang digunakan itu telah dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu selain kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan merupakan individu dikehendaki polis.

 

"Suspek berkenaan juga positif dadah," katanya.

 

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan (KK) kerana ingkar PKPB dan Peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan SEK 353 KK kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan menggunakan kekerasan.

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu, Penolong Penguasa Bomba, Roslan Jalil berkata, pihaknya telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas salah seorang daripada suspek yang cuba menyembunyikan diri dalam sungai berkenaan enggan naik ke darat.

 

"Selepas hampir dipujuk kira-kira 15 minit, suspek yang bersembunyi di sebalik rimbunan daun menyerah diri sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya.

 

 

 

sumber: SH

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wat Mamat berkata, pengadu memasuki…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman memaklumkan, insiden itu tular di…
Berita Global
Menurut Michigan State Police, beberapa pasukan polis daripada Lansing Post dan Brighton Post telah…