Ingkar PKP: 26 Individu, tujuh remaja bawah umur dihadap ke mahkamah

oleh Penyumbang Rencana 2|
Esok akan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 dan sejak ia dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu, masih ramai yang ingkar arahan.


Di Perak, 33 individu termasuk tujuh remaja bawah umur berusia 12 hingga 18 tahun ditahan kerana melanggar PKP.


Bermain sepak takraw dan berkelah di kawasan air terjun antara kesalahan yang dilakukan oleh kesemua tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

 

Kesemua tertuduh yang berusia 12 sehingga 49 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohammad ‘Afifi Mohammad.

 

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh termasuk empat wanita ditahan ketika pihak polis membuat tugasan Pemantauan Ops Covid-19 di beberapa lokasi di Ipoh antara 22 sehingga 30 Mac lalu.

 

Berdasarkan fakta kes, ada antara mereka yang ditahan ketika sedang bermain takraw, bermandi-manda di kawasan air terjun dan ada yang ditahan ketika sedang melepak dan mahu meminum arak.

 

pic 1

 

Kesemua mereka ditahan di lokasi berasingan sekitar Taman Meru 2C, Jelapang; Jalan Yang Kalsom, Taman Pengkalan Perdana, Kampung Datuk Ahmad Said 2, Manjoi dan Kampung Sungai Badok, Chemor antara 22 Mac hingga semalam.

 

Mereka didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

 

Majistret memutuskan kesemua 26 individu terbabit didenda RM1,000 atau dikenakan penjara dua bulan jika gagal membuat demikian.

 

pic 2

 

Sementara itu, salah seorang tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

 

Dia yang menghadapi dua pertuduhan itu turut dikenakan denda RM6,000 dan penjara selama 10 bulan jika gagal berbuat demikian.

 

Bagi tujuh remaja bawah umur, mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap seorang dan perlu membuat laporan akhlak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebutan semula akan dijalankan pada 4 Mei.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail manakala semua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizawani Ahmad Jalaludin.

 

pic 3

 

Penulis: Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…