Ini 5 ciri menarik Nissan Z 2023, 'tarik belakang' 6 kelajuan manual!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Z Proto
Nissan Z Proto
Pada 17 Ogos 2021 Nissan Motor Co., Ltd. memperkenalkan Nissan Z serba baharu di New York, Amerika Syarikat.

Pengenalan generasi ketujuh ini sesuatu yang istimewa buat peminat dan Nissan kerana ia membawa adunan gaya Z terdahulu.

Siri Z yang bermula pada tahun 1969 bukan model biasa, ia adalah legasi kereta sport dunia dan sebaris dengan model-model ikonik lain.

Membangunkan model niche bukan suatu perkara mudah buat Nissan selepas bergelut dengan masalah dalaman ditambah pula situasi pandemik sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
NISSAN Z (AS) PROTO 2023
NISSAN Z PROTO

 

Legasi perlu diteruskan dan sesuatu yang seronok untuk didengar ialah jualan kumulatif siri Z telah pun mencecah 1.8 juta unit.

Angka itu tinggi untuk model niche dan Nissan memaklumkan siri Z adalah kereta sport paling laris di dunia!

Dengan kemunculan semula Toyota Supra, GT86 agak janggal jika Z dihentikan begitu sahaja sedangkan Nissan konsisten menawarkan model pengganti setiap generasi. 

Banyak yang boleh diperkatakan tentang Z baharu dan gayaan retro hanya permukaan kepada model ini.

 

Nissan Z Performance
NISSAN Z PERFORMANCE

 

Berikut kami senaraikan lima ciri menarik pada Nissan Z 2023:

1. Transmisi enam kelajuan manual, aci pacu gentian karbon!

Satu daripada karakter Z ialah hubungan di antara kereta dan pemandu. Ini sebenarnya ciri penting untuk sesebuah kereta berprestasi.

Bagaimana mahu menterjemahkan hubungan tersebut? Satu daripadanya ialah melalui transmisi.

Walaupun kereta berprestasi sekarang banyak menggunakan transmisi dengan teknologi  canggih namun feel menukar gear secara manual dan menekan klac tetap mempunyai sensasi tersendiri.

Ini yang dibawa pada Z, transmisi enam kelajuan manual dan Nissan membuatkan tukaran gear seringkas mungkin dengan sedikit usaha diperlukan.

 

Nissan Z Performance

 

Pertama untuk model pacuan belakang dari Nissan, transmisi manual enam kelajuan Z (varian Performance) dilengkapi sistem bantuan kawalan mula pandu (launch assist control system).

Sistem itu membantu Z dipandu dengan lancar dari kedudukan pegun dan Nissan turut melengkapi Z dengan padanan tukaran gear ke bawah (Downshift Rev Matching).

Model manual juga istimewa dengan aci pacu (drive shaft) yang dibuat dari komposit gentian karbon.

Di sebalik karakter tersendiri transmisi manual, ada pembeli yang mahukan transmisi automatik dan Nissan sedar perihal tersebut.

Dengan itu Nissan turut menawarkan Z 2023 dengan pilihan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Transmisi ini yang juga dilengkapi sistem mula pandu menawarkan tukaran gear langsung dan pantas dan menariknya Nissan menggunakan nisbah gear panjang (wide gear ratios).

2. Enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar

 

NISSAN Z (AS) PROTO 2023

 

Nissan tidak mempunyai masalah untuk memilih enjin bersesuaian bagi Z baharu.

Enjin yang dipilih adalah 3.0 liter V6 turbo berkembar yang boleh ditemui pada dua varian Red Sport 400 Infiniti Q50 dan Q60 coupe serta Skyline 400R.

Harus tahu, Infiniti Q50 dan Skyline adalah model sama untuk pasaran berbeza.

Enjin VR30DDTT memiliki kuasa lebih tinggi berbanding model 370Z terdahulu (tanpa turbo) dengan tambahan 68 hp dan 30 peratus peningkatan daya kilas kepada 400 hp dan 475 Nm pada 5,600 rpm.

Sebagai perbandingan, Toyota Supra 3.0 A90 berkuasa 382 hp dengan tork 499 Nm.

3. Pemanduan dan pengendalian

 

Nissan Z Performance

 

Selari dengan peningkatan kuasa, bahagian kejuruteran Nissan memberi fokus kepada casis, penyejukan, suspensi dan stereng.

Ketegaran badan Z dipertingkatkan dan kombinasi stereng berkuasa elektronik dengan bantuan rak (rack assist) dan tayar depan lebih lebar membantu meningkatkan prestasi di selekoh sehingga 13 peratus.

Z baharu menggunakan penyerap hentak depan dan belakang jenis tiub tunggal (monotube) dengan diameter lebih lebar berbanding 370Z.

Penggunan itu mengurangkan daya redaman (dampening force) sekitar 20 peratus untuk memiminumkan impak gegaran ketika melalui permukaan jalan tidak rata dan meningkatkan lagi kestabilan pemanduan.

4. Dua mod, pemanduan harian dan berprestasi

 

Nissan Z Performance

 

Kereta mewah dan berprestasi hari ini dilengkapi pelbagai mod pemanduan. Z baharu (transmisi automatik) ringkas dengan dua mod sahaja iaitu standard dan sport.

Mod standard sesuai untuk pemanduan biasa atau di lebuh raya secara santai.

Mod sport pula berbeza dengan kawalan pecutan lebih pantas, karakter stereng, bunyian dan tetapan dinamika kenderaan untuk melayani jalan berselekoh.

Satu lagi yang berbeza ialah Z varian Performance menggunakan pembeza gelincir terhad (LSD) jenis klac mekanikal.

5. Spesifikasi brek dan tayar tidak sama!

 

Nissan Z Performance
NISSAN Z PERFORMANCE

 

Nissan belum memaklumkan pasaran mana Z baharu dipasarkan dan setakat ini ditawarkan di Amerika Syarikat dan dijenamakan sebagai Fairlady Z di Jepun.

Di AS, varian Z Sport dan Performance ditawarkan dengan pilihan transmisi enam kelajuan manual atau sembilan kelajuan automatik.

Selain dua varian tersebut, Nissan Z Proto dilengkapi ciri eksklusif seperti angkup brek berwarna kuning dengan logo Z, roda aluminium-aloi warna gangsa, kerusi balutan kulit serta riasan dan sulaman kunin.

Nissan Z Proto Spec hanya dihadkan kepada 240 unit sahaja.

Selain ciri di atas, Z Standard dilengkapi spesifikasi brek dan tayar berbeza dengan Z Performance dan Z Proto.

 

Nissan Z

 

Dua spesifikasi itu berbeza di sebalik kuasa enjin yang sama untuk ketiga-tiga varian dan edisi.

Z Standard dipasangkan brek depan dengan dua omboh dan brek belakang satu omboh.

Z Perfomance dan Z Proto pula menggunakan angkup brek aluminium empat omboh di depan dan angkup aluminium dua omboh di belakang.

Turut berbeza ialah saiz tayar depan dan belakang 245/45R18 9J manakala Z Performance dan Z Proto dilengkapi tayar 255/40R19 9.5J dan 275/35R19 10J di belakang.

Nampak ringkas namun pasti ada perbezaan pemanduan dan pengendalian di antara kedua-dua varian utama ini.

Masuk Malaysia ke tidak?

 

2023 Nissan Z_(U.S. market)_with_240Z
NISSAN Z DAN 240Z

 

Di sebalik ciri-ciri Z baharu adakah model ikonik ini bakal menemui pasaran tempatan? Satu perkara menarik ditambah pula Toyota Supra ditawarkan secara rasmi.

Masih terlalu awal dan jika tidak dibawa oleh ETCM (model terdahulu ada dijual), mungkin anda boleh memilikinya dari pengimport bebas yang membawanya dari Jepun.

Dari segi harga, Nissan Z pasaran Amerika Syarikat dikatakan bermula dari AS40,000 (RM169,520).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

2023 Nissan Z_(U.S. market)_with_Z32
NISSAN Z DAN Z32

 

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV dengan lampu Z ini adalah produk sebenar yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar Nissan Gakuen…
Berita Global
Seperti biasa, berbondong-bondong syarikat penala dan barangan aftermarket yang mula menawarkan…
Model Terbaharu
Memperkenalkan, Nissan Z 2023. Seperti mana yang anda lihat sebelum ini, konsep yang dibawakan…