Ini 5 ciri yang anda perlu tahu tentang McLaren Speedtail (Kelajuan cecah 403 km/j!)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dua model McLaren yang menarik perhatian penulis kerana 'ekor' yang unik ialah Senna dan Speedtail. Senna mempunyai 'kaki' spoiler seperti mata kail manakala Speedtail pula rata memanjang tanpa spoiler.

Di antara dua model itu, Speedtail paling laju dengan catatan 403 km/j yang dibuat semasa ujian di Amerika Syarikat.

Manakala soalan yang kerap ditanya kepada para jurutera McLaren ialah "Bagaimana Speedtail boleh laju macam tu?"
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
McLaren Speedtail

 

Jawapan kepada persoalan atau rahsia tersebut sebenarnya disumbangkan oleh beberapa ciri seperti aerodinamik dan berat kereta.

Di bawah kami simpulkan lima ciri hebat McLaren Speedtail:

1. Rangkaian Kuasa 4.0L V8 Turbo Berkembar dan Elektrik

Rangkaian kuasa (powertrain) M840TQ Speedtail terdiri dari enjin pembakaran dalaman (ICE) 4.0 liter V8 turbo berkembar dan unit pemanduan elektrik.

Enjin V8 itu mempunyai evolusi teknologi daripada kereta hiper McLaren yang pertama, McLaren P1™.

Di antara ciri-cirinya ialah sistem kemasukan udara ringan, penyejukan kepala silinder yang ditambah baik dan rekaan omboh baharu.

Motor elektrik pada Speedtail menggunakan teknologi yang diambil dari Formula E dan menjana lebih dari 230kW. Inovasi hebat Speedtail terletak pada pakej rangkaian kuasa elektrik ini.

Ketumpatan kuasa (power density) pek bateri Speedtail ialah 5.2kW/kg. Ia mempunyai nisbah berat kepada kuasa (power to weight) terbaik dalam mana-mana sistem bateri voltan tinggi pada hari ini.

 

McLaren Speedtail

 

2. Kuasa hebat lebih 1,000PS dan tork 1,150Nm, pengecasan tanpa wayar

Gabungan dua nadi ICE dan elektrik Speedtail mempunyai output kuasa sehingga 1,070PS dan tork maksimum 1,150Nm. Enjin ICE sahaja menyumbang kuasa sebanyak 757PS dan 800Nm.

Walaupun sebuah kereta hibrid elektrik, Speedtail tidak mempunyai komponen 'cucuk kabel' atau plug-in.

Kuasa dicas semasa dipandu menggunakan pad tanpa wayar dan mengekalkan (trickle charge) apabila kereta tidak dipandu.

3. Kelajuan lebih 400km/j!

Kelajuan maksimum 403 km/j Speedtail semasa sesi ujian berjaya dicapai lebih daripada 30 kali. Kehebatannya terserlah dengan pecutan dari 0 hingga 300 km/j hanya mengambil masa 13 saat.

Speedtail bukan setakat paling laju daripada Senna malah mengatasi mana-mana model McLaren. Model prototaip Speedtail diuji di Pusat Angkasa Kennedy pada laluan dengan jarak 4.82 km. 

Speedtail turut diuji di beberapa lokasi lain seperti Idiada di Sepanyol dan Papenburg di Jerman.

 

McLaren Speedtail

 

4. Kereta hiper dengan tiga tempat duduk

Sama seperti McLaren F1, Speedtail boleh membawa satu pemandu dan dua penumpang. Kerusi pemandu dianjak ke depan manakala penumpang pada bahagian kiri dan kanan.

Bahagian dalaman Speedtail menggunakan kemasan kulit berarah (directional leather finish) supaya senang untuk gelungsur ke kerusi dan memegang pemandu/penumpang semasa pemanduan

McLaren turut menawakan bagasi khas untuk pemilik Speedtail yang merupakan tradisi sejak McLaren F1.

5. Unit terhad harga lebih USD 2 juta

Kereta istimewa maka jumlah pun istimewa. Hanya 106 unit Speedtail sahaja untuk pembeli antarabangsa.

Harga yang ditawarkan ialah sekitar USD 2,240,000 atau bersamaan RM 9,627,520!

Harganya memang premium, unit terhad tetapi semuanya sudah habis dijual!.

Pengeluaran Speedtail sudah bermula di Woking, Surrey, UK dengan penyerahan dijadual pada Februari 2020 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

McLaren Speedtail

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, McLaren berjaya memecahkan rekod terdahulu dengan sebuah prototaip model produksi Speedtail (…
Berita Global
Dengan pengenalan McLaren Elva, supercar tanpa bumbung dan cermin hadapan ini merupakan penawaran…
Berita Global
Sebelum ini supercar McLaren F1 didatangkan khas dengan kit perkakas yang diperbuat daripada bahan…