Ini bukan Ativa, tapi KG Mobility Tivoli facelift!

oleh Mohamad Hanif|
SsangYong kini dikenali dengan nama baharu KG Mobility disebabkan mereka mahu lari daripada imej buruk yang dikaitkan dengan jenama itu setelah sekian lama.

Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia ada, seperti yang diperlihatkan pada model SUV Tivoli 2023.

SsangYong Tivoli telah pun wujud sejak tahun 2015 lagi sebelum diberikan kemaskini kecil pada tahun 2019.
 

tivoli


Untuk model tahun 2023, model tersebut telah diberikan perubahan yang lebih besar, seperti rekaan jeriji yang kecil, bukaan bampar yang lebih besar di bawah, rim baharu bersaiz 18 inci, skid plate, skirt sisi serta logo KG Mobility pada bahagian belakang.

Rekaan unit lampu masih lagi dikekalkan untuk model Tivoli 2023 ini.
 

tivolo


Sama juga halnya dengan ruang kabin, di mana komponen seperti skrin kluster digital 10.25 inci dan skrin infohibur 9 inci masih lagi dikekalkan daripada model terdahulu.

Perubahan yang dikesan ialah pada bahagian butang kawalan iklim yang kini beroperasi menggunakan panel sensitif sentuhan, diikuti dengan tempat duduk balutan kulit, pilihan trim jingga, kelabu dua tona atau hitam, diikuti dengan kelengkapan keselamatan termasuklah tujuh beg udara dan 14 komponen ADAS.
 

tivoloi


Di Korea, KG Mobility Tivoli dibekalkan dengan pilihan enjin 1.6 liter NA berkuasa 124 hp/155 Nm, diikuti unit enjin 1.5 liter turbo berkuasa 161 hp dan 260 Nm.

Kedua-dua nadi itu dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan atau opsyen pacuan empat roda.

Harga jualan KG Mobility Tivoli bermula dari ₩18 juta (RM63,293).

Baca: SsangYong kini dikenali KG Mobility

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
Namun disebabkan oleh masalah kewangan yang melanda serta imej yang teruk memaksa nama SsangYong…