Ini bukan Ranger biasa-biasa!

oleh HEZERI SAMSURI|
Keperluan untuk menggunakan sumber tenaga alternatif bagi menggantikan bahan bakar fosil semakin menjadi keperluan.

Sebuah syarikat start-up yang fokus dalam penghasilan kenderaan sel bahan api hidrogen  (hydrogen fuel-cell), H2X muncul dengan perancangan untuk menghasilkan sebuah kenderaan trak pikap dengan teknologi tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebenarnya, setahun yang lalu H2X telah mengumumkan pengeluaran kenderaan sel bahan api hidrogen bermula tahun pada pertengahan tahun ini.

Namun begitu, ia terus menyepi sehingga kini, bermula dengan pertukaran nama dari H2X Australia ke H2X Global.

CEO, Brendan Norman berkata syarikat itu kini menerima dana baharu dari pelabur tenaga boleh dibaharui (renewable energy), Liberty Energy Capital.

Penyuntik dana asal, Elvin Group, ketua lamanya, Samuel Blackadder dan pakar industri automotif Australia, Kevin McCann kesemuanya telah meninggalkan H2X dan tidak lagi terbabit dengan projek terbaharu ini.

 

 

Norman mendakwa kenderaan sel bahan api hidrogen mereka yang pertama ini boleh dihasilkan dalam masa lima ke 10 tahun lagi, dengan jumlah pengeluaran setinggi lima atau enam angka.

Prototaip yang dinamakan Warrego (sebuah sungai di Queensland) ini menggunakan sebuah Ford Ranger T6 sebagai platform dengan perubahan kosmetik dan juga tren kuasa sel bahan api hidrogen.

Ia dikatakan menghasilkan 70 Kw (94 hp) dan mempunyai muatan maksimum 1,500 kg, lebih hebat dari Ford Ranger biasa. H2X akan menghasilkan varian 4-pintu, 2-pintu, 4X2 dan 4X4. 

 

 

Norman juga memberitahu bahawa lima negara Eropah telah menempah Warrego ini dan proses penghasilan akan berlaku di Eropah dan juga di Australia.

Waranti akan diuruskan oleh H2X Global sendiri dan bukannya Ford kerana syarikat kereta itu tidak terbabit di dalam program kenderaan sel bahan api hidrogen itu.

Video khusus untuk pelabur yang berada di laman web H2X Global mengatakan ia sedang memenuhi tempahan dari Netherlands, Australia dan juga Malaysia.

Menarik bukan? 


* Artikel penuh di CarSales.com.au

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sudah semestinya hidrogen dilihat sebagai salah satu alternatif penjana kuasa yang dapat membantu…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…
Berita Global
Sedan Honda FCX Clarity telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2018 lagi, dan sempat bertahan…