Ini cara paling berbaloi untuk pakai EV di Malaysia sekarang!

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai sebenarnya mahukan sebuah kenderaan elektrik atau EV di Malaysia ini kerana respon yang Careta terima bila artikel atau video berkaitan genre tersebut diterbitkan.

Namun begitu, sebagai pemilik EV sendiri, ada satu masalah yang saya rasa berada di luar kawalan saya - susut nilai kenderaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini ialah kerana pandangan ramai terhadap masalah bateri yang dikatakan mempunyai jangka hayat yang sangat pendek.

Untuk menangani masalah tersebut, saya cuma nampak satu jalan sahaja, iaitu cara kontrak pajakan atau "leasing".

Di Malaysia, cuma ada satu syarikat kenderaan yang menawarkan kontrak mirip "leasing" untuk kenderaan EV, iaitu Nissan Malaysia dengan skim Subscription bagi model EV Leaf.

 

 

Di bawah saya kongsikan lebih lanjut akan pakej tersebut dan kenapa saya rasa ia adalah pilihan paling berbaloi untuk EV sekarang.

Ia boleh jadi kenderaan utama anda

  • Secara rasmi, Nissan Leaf memberikan jarak perjalanan sejauh 311 km (kiraan mod ujian New European Driving Cycle) dengan satu caj penuh. 
  • Saya bertanya kepada saudara Ruslin Tamsir, jurutera yang membuat komponen speaker untuk McLaren dan juga pelanggan skim Subscription untuk Nissan Leaf.
  • Menurut Ruslin, Leaf beliau memberikan jarak perjalanan sejauh 250 km untuk pemanduan harian beliau.
  • Cuba kaji berapa jauh perjalanan sehari anda kerana mengikut kajian kami beberapa tahun dahulu, kebanyakan penduduk Lembah Kelang hanya berjalan sejauh antara 60 ke 120 km sehari. 
  • Jika 250 km adalah jarak yang mencukupi untuk anda, sila teruskan membaca artikel ini.


Bayaran muka yang lebih rendah

  • Jika kita membuat pinjaman bank untuk membeli Leaf, kita perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus.
  • Dalam kes Nissan Leaf, harganya RM188,888. Ini bermakna bayaran pendahuluan ialah RM20,0888 termasuk insuran dan cukai jalan.
  • Jika kita ambil pakej Subscription, kita cuma bayar RM12,700 (deposit dua bulan, bayaran awal 1 bulan dan insuran).

 

 

Bayaran bulanan lebih rendah

  • Ini betul sekiranya pinjaman 5-tahun dilakukan kerana jumlah bayaran akan menjadi RM3,277.
  • Untuk pelan Subscription, bayaran bulanan ialah RM2,500.
  • Kita boleh menurunkan bayaran bulanan untuk pinjaman jika tempohnya kita tarik ke tujuh atau sembilan tahun, tetapi jumlah faedah yang dibayar kepada bank juga lebih tinggi.
  • Terpulang pada anda kerana jumlah terakhir tetap akan tinggi.

Berapa kita jimat selepas dua tahun?

  • Pakej Subscription hanya untuk dua tahun, dan selepas tempoh itu, jumlah keseluruhan yang kita sudah bayar ialah RM68,702.
  • Untuk yang mengambil pinjaman bank 5-tahun pula, jumlah terbayar selepas dua tahun ialah RM102,238.
  • Ini ialah penjimatan terus sebanyak RM33,536.

 

 

Bayaran bualan mahal?

  • Mungkin ada yang berkata bayaran bulanan RM2,500 adalah tinggi untuk Subscription.
  • Namun begitu, jika kita ambil kira kos bahanapi, harga untuk elektrik masih lagi murah dari petrol atau diesel.
  • Saya membayar tambahan RM100 ke RM150 sebulan untuk bil elektrik saya, tetapi saya menggunakan Renault Zoe EV saya untuk perjalanan sejauh 1,500 minimum sebulan.
  • Ruslin juga menghabiskan sebanyak itu untuk Leaf beliau dan Nissan memberikan beliau satu charger dinding untuk dipasang di rumah.

Kerugian akibat susut nilai?

  • Dengan pakej Subscription, masalah susut nilai tidak akan wujud.
  • Ini ialah kerana Ruslin boleh memulangkan kembali Leaf itu setelah dua tahun, dan mengambil Leaf baharu di bawah pakej yang sama.
  • Beliau tidak perlu mencari pembeli, dan tidak perlu menanggung risiko harga kenderaan tersebut jatuh.
  • Untuk saya beli, saya memang akan mengalami kerugian jika saya menjual Zoe saya kerana susut nilai.

Di bawah pula ialah dua carta berkaitan pakej Subscription Nissan Leaf.

 

 

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web Nissan Malaysia pada pautan di bawah.

Nissan Leaf Subscription

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…