Ini ciri menarik Honda Motocompo, skuter lipat yang comel!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Motocompo
Honda Motocompo
Peminat Honda pasti kenal dengan skuter comel ini yang dikenali sebagai Motocompo. Selain rekabentuk comel, Motocompo adalah skuter dengan kreativiti tinggi apabila hendal, pelana dan pemijak kaki boleh dilipat dan disimpan kemas ke dalam badannya.

Jika hari ini pengguna ditawarkan dengan skuter elektrik boleh lipat, Motocompo lebih awal dibangunkan sebagai skuter boleh lipat. Motocompo mendahului zaman apabila Honda memperkenalkannya pada tahun 1981!

Tapi kenapa Honda nak bangunkan skuter begini? Siapa yang nak beli? Berikut kami bawakan ciri dan fakta menarik mengenai Motocompo dan Honda City.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Motocompo

 

 

1. Kenapa hendal, pelana dan pemijak boleh lipat? Nak bawa ke mana?

Jawapannya adalah kerana Motocompo direka untuk disimpan ke dalam but kereta kecil seperti Honda Today dan Honda City.

But Honda City pula direka supaya boleh dimuatkan dengan Motocompo. Satu lagi terma menarik tentang Motocompo ialah trabai. Bukan terabai tapi trunk bike yang membawa maksud boleh dibawa dan dimuat ke dalam but.

But Honda City pula dah siap dibina dengan nat cangkuk bagi mengikat kemas skuter ini.

 

Honda City

 

2. Minimalis dan saiz kompak

Pengeluar Jepun memang terkenal dengan rekabentuk minimalis dan saiz kompak. Lihat sahaja saiz kereta kecil (kei-car) dengan panjang di bawah empat meter. Anehnya apabila berada di dalam terasa luas.

Rekabentuk Motocompo ini memang ringkas, tidak perlu rumit, cukup dengan bersegi ibarat kotak yang diletakkan tayar. 

 

Honda Motocompo

 

Saiz Motocompo ialah 1.185 meter panjang x 0.535 meter lebar x 0.910 meter tinggi. Memang kecil dan setakat paras pinggang dewasa sahaja. Berat kering hanya 43 kilogram atau sekitar kanak-kanak sekolah rendah tahap dua.

Motocompo adalah skuter paling kecil pernah dihasilkan Honda. Lagi pun, ia dibina untuk kegunaan ringan dan supaya muat di dalam but kereta.

3. Badan kecil, enjin pun kecil

Ini satu lagi kepakaran Honda. Lihat saja motosikal Honda Cub dengan enjin kecil yang dah berusia puluhan tahun masih boleh digunakan hingga ke hari ini.

Enjin kecil 70cc pun boleh mendaki bukit yang curam. Betul-betul kejuruteraan yang ringkas tetapi hebat dan tahan lasak.

 

Honda Motocompo

 

Motocompo menggunakan enjin 49 cc dua lejang dengan kuasa hanya 2.5 hp pada 5,000 rpm manakala kapasiti tangki minyak ialah 2.2 liter. Kadar penggunaan minyak ialah 70 km/l dengan kelajuan tetap 30 km/j.

Nak hidupkan enjin, perlu tendang ke bawah. Transmisi pula jenis kelajuan tunggal jadinya tak perlu fikir nak tukar gear.

4. Honda City 

Honda City yang diperkenalkan pada tahun 1981 ini menepati nama model yang diberikan. Saiz kompak, bumbung tinggi, reka bentuk funky dengan pelbagai jenis gaya badan dikeluarkan.

Di antaranya ialah sedan (AA), van (komersial/VF) dan cabriolet (FA). Satu fakta menarik apabila City pasaran Eropah dikenali sebagai Jazz.

 

Honda City

 

Tidak menghairankan kenapa City dan Jazz beberapa generasi selepasnya dilihat sebagai model yang rapat di antara satu sama lain.

Honda City berada dikeluarkan dari November 1981 dan pengeluaran ditamatkan pada Oktober 1986. Motocompo pula dihentikan lebih awal iaitu pada 1983.

5. Barang rare!

Kedua-dua Motocompo dan City (terutama sekali City Turbo) sudah menjadi tahap ikonik, legenda dan rare!. Jika sudah disediakan wang pun belum tentu boleh memilikinya kerana sukar untuk ditemui di pasaran.

Kepada yang berminat, penulis ada menemui sebuah Motocompo di dalam media sosial yang hendak dilepaskan dengan keadaan baik.

Berapa harganya? RM8,500 sahaja. Berpatutan kerana Motocompo mempunyai nilai tersendiri dan jarang kedengaran barang rare mempunyai isu susut nilai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda

 

Honda City

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…