
Selepas pengenalan, pengguna yang berminat boleh menggambarkan bagaimana smart #1 berada di jalan raya tempatan kelak.
Dari segi penawaran, smart sebenarnya sudah pun mempunyai model elektrik EQ fortwo manakala smart #1 pula adalah produk sulung era baharu Mercedes-Benz dan Geely Automobile.
Dari gambar, smart #1 nampak besar ala Mini Countryman dengan lampu nyalaan LED yang garang. Gambar sebelum ini menunjukkan lampu LED yang bersambung dari kanan ke kiri.
Walaupun dan berkotak, pekali seretan (cd) smart #1 hanya 0.29 dan ciri penting untuk sebuah kenderaan elektrik dari segi jarak gerak dan kecekapan penggunaan tenaga.

smart #1 baru saja siap menjalani ujian pra pengeluaran di utara China dengan bateri dan sistem teknologi diuji pada suhu -40°C.
smart Eropah juga melakukan ujian dan homologasi tempatan di pusat penyelidikan dan pembangunan smart di Renningen, Jerman dan pengujian akhir sebelum pengenalannya di Berlin.
Dari segi pembahagian tugas, smart bertanggungjawab dalam reka bentuk manakala Geely melakukan kerja-kerja pembangunan.
smart atau Geely tidak memaklumkan butiran teknikal, dikhabarkan jarak gerak model yang menggunakan bateri dari platform Sustainable Electric Architecture 2 (SEA) boleh dipandu sejauh 450 km.
Jarak itu walaupun dengan kapasiti bateri paling kecil!
Penulis: Muhammad Md Tajudin
