Selain itu K70 dizahirkan dalam bentuk gayaan moden dan VW menggunakan terma sedan notchback.
Rekaannya ada kelas, perhatikan bagaimana bahagian sisi K70 direka rendah dan nampak sporti.
Keistimewaan K70 juga terletak di kilang Salzgitter yang dibina khas untuk pengeluarannya.
Dari segi teknologi, enjin sejukan air dan pacuan roda depan adalah sesuatu yang baharu untuk VW dan kemudian digunakan dan satu faktor kejayaan Passat dan Golf.
Casis K70 canggih pada masa itu dengan suspensi bebas manakala jarak roda (wheelbase) panjang menjadikan ruang dalaman luas dan membantu dalam prestasi pengendalian yang sangat baik.
Aspek keselamatan turut diberi perhatian utama dengan ciri aktif dan pasif.
Di antara teknologi diguna pakai ialah bahagian penumpang yang diperkukuh, zon renyuk di depan dan belakang dan tangki minyak di belakang atau pada ruang yang dilindungi.
Dari segi reka bentuk, K70 yang berusia ini masih kekal anggun dan menarik dengan gayaan kemas dan garisan badan tidak berserabut.
Sedan notchback ini direka oleh Claus Luthe, salah seorang pereka kenderaan terkenal pada masa itu.
Reka bentuk signatur beliau turut boleh didapati pada model VW seterusnya seperti Golf dan Polo.
Ada tiga versi yang dikeluarkan iaitu K70 1600, 1600L dan 1800LS dengan padanan transmisi empat kelajuan manual.
K70 adalah sebuah sedan menarik tetapi hayat pengeluaran hanya bertahan satu generasi dan dihentikan pada tahun 1975.
VW Passat dijadikan pengganti dan dikeluarkan pada tahun 1973 dan ditawarkan sehingga kini.
Walaupun K70 sudah berusia dan hanya dikeluarkan dalam satu generasi, ada seorang pemilik yang kekal setia dengannya dan jenama VW itu sendiri.
Karl-Günter Queißer memulakan kerjaya dengan VW sebagai pengecat kenderaan di kilang baharu Salzgitter pada tahun 1970.
Beliau kini berusia 79 tahun dan pada awal kerjaya tertarik dengan pelbagai ciri istimewa K70 dan berjaya mendapatkannya pada tahun 1971.
Sebagai peminat setia VW, beliau turut pernah memiliki Beetle dan Golf. Koleksi terkini beliau ialah K70 LS dan Golf 8.
Selain gemarkan K70 beliau juga telah memandu setiap generasi Golf dan perancangan masa depan ialah untuk mendapatkan model elektrik ID.3, hebat bukan?
Penulis: Muhammad Md Tajudin