Ini merupakan sebuah BMW M3 E36 yang disumpah sebagai Volvo 162!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dengan kepakaran dan sumber kewangan tanpa had, dunia modifikasi sememangnya menjadi hobi pilihan utama buat kebanyakan penggemar kereta seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kalau dah ada lebihan wang, datang pula idea gila yang menarik untuk dilaksanakan, maka terhasillah binaan unik bagi memenuhi kepuasan.

 

2

 

Replika Volvo 164, atau kini boleh digelar sebagai 162 ini merupakan salah satu contoh, kerana asasnya merupakan sebuah BMW M3 E36 yang lengkap pula dengan nadi V8 dari BMW M5 E39.

Untuk menghasilkan semula kereta replika, terutamanya yang berasaskan kenderaan moden, mengekalkan rupa atau garis badan asal pastinya satu perkara yang mencabar.

 

3

 

Dengan hasil kerja teliti, keseluruhan bahagian luaran binaan tersebut telah berjaya dijelmakan sepenuhnya sebagai sebuah 164 coupe, namun bahagian dalamannya tetap dikekalkan dengan kelengkapan asal M3 E36.

Dan menariknya, jentera kacukan ini turut menerima nadi V8 S62 dari BMW M5 E39, di mana keupayaan standard kilangnya mampu menghasilkan 394 HP dan 500 Nm.

 

4

 

Secara teknikalnya, keluaran kuasa pada badan yang lebih ringan berbanding M5 E39 itu pasti mampu memberikan pecutan yang lebih baik, ditambah pula dengan kendalian casis M3 E39 yang sudah terbukti antara terbaik.