INILAH MASA TERBAIK UNTUK ANDA MILIKI SEBUAH EV VOLVO

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia kini berada di landasan yang tepat dengan menawarkan barisan kenderaan-kenderaan mewah yang lebih lestari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bukan sahaja dengan trenkuasa yang tidak mencemarkan alam sekitar, malah mereka juga komited untuk menghasilkan model kenderaan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang lestari.

Terus terang kami cakap, ini merupakan masa terbaik untuk anda tunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar dengan memiliki sebuah kereta elektrik berjenama Volvo.

Kenapa?
 

C40 Recharge


Ini kerana sepanjang tempoh 1 Mei hingga 30 Jun 2023, Volvo Car Malaysia melancarkan kempen promosi khas yang menawarkan baucar pembelian pengecasan wallbox bernilai RM7,000 secara percuma serta perlindungan insurans untuk tahun pertama bagi pembeli Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric.

Secara standard kedua-dua model ini didatangkan dengan trenkuasa motor elektrik berkembar AWD dengan hamburan kuasa 408 hp, daya kilas 660 Nm, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat, dengan jarak gerak mencecah 450 km* untuk model C40 Recharge dan 438 km* untuk model XC40 Recharge.

Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric menyokong pengecasan AC 11 kW, atau pengecasan pantas DC sehingga 150 kW yang membolehkan pek bateri 78 kWh itu dicas 10 hingga 80 peratus dalam masa 28 minit sahaja**.
 

XC40


Dengan adanya sistem infohibur berasaskan Android Automotive OS serta aplikasi berkaitan seperti Google Assistant, Google Maps dan juga Google Playstore, pemilik Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric boleh merancang perjalanan seharian dengan lebih baik, sekaligus boleh mengatasi masalah 'range anxiety'.

Bagi golongan yang masih lagi ragu-ragu dengan EV, usah risau kerana Volvo Car Malaysia turut menawarkan promosi terbaik untuk model hibrid serta plug-in hybrid sebagai langkah pertama ke arah pemilikan kenderaan berelektrik.
 

V60


Sepanjang tempoh promosi (1 Mei - 30 Jun), pembeli bagi model-model hibrid ringan dan plug-in hybrid seperti S60, V60, S90, XC40 B5, XC90 B5 & T8, serta model XC60 B5 & T8 akan menerima pakej Volvo Car Service Plan Plus bernilai RM12,900 secara percuma, serta pelindungan Volvo Car Insurance untuk tahun pertama yang dihadkan kepada RM7,000.

Maklumat lanjut berkenaan model-model EV yang dijual oleh Volvo Car Malaysia serta model-model lain boleh didapati menerusi laman web INI.


Nota:
* Jumlah jarak adalah mengikut Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure (“WLTP”) yang didapati menerusi ujian makmal. Jumlah jarak dalam dunia sebenar mungkin berbeza daripada angka yang dinyatakan.

**Masa pengecasan bergantung kepada faktor seperti suhu luar, suhu bateri semasa, peralatan pengecasan, keadaan bateri dan keadaan kereta

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…