Inisiatif baharu tangani kesesakan Tambak Johor akan dibawa ke Kabinet

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Beberapa inisiatif baharu bagi menangani isu kesesakan di Tambak Johor akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


Beliau berkata Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor telah meneliti dan bersetuju dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu yang perlu dilaksanakan dengan keseluruhan anggaran kos sebanyak RM64.2 juta
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Antara inisiatif baharu yang dibincangkan ialah penggabungan Dewan Penumpang Bas di Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah dengan anggaran kos RM25 juta; menaik taraf Kaunter Pemeriksaan Lori Baharu di Zon Lori Masuk dan Bay Pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan anggaran kos RM30.6 juta dan membina tandas baru untuk orang awam dengan anggaran kos RM8.6 juta.

 

"Berdasarkan kepada trend peningkatan pengembara yang dijangkakan meningkat sehingga 17.2 peratus setiap tahun, maka kajian semula perjawatan perlu dibuat bagi mengimbangi beban tugas pegawai dengan trend peningkatan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Bangunan Parlimen, pada Isnin.

 

Fadillah berkata mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan pewujudan "Single Entry Point" di Sempadan Malaysia dan Singapura dan cadangan ini akan diperhalusi seterusnya oleh pihak Kementerian Dalam Negeri bersama kementerian serta agensi lain yang berkaitan dan akan diangkat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

 

Jika dipersetujui maka jawatankuasa teknikal akan dibentuk untuk berbincang dengan Singapura sama ada cadangan ini boleh dilaksanakan ataupun tidak kerana ia memerlukan perubahan dari segi perundangan dan perlu dapat persetujuan dan kerjasama pihak Singapura," katanya.

 

Fadillah berkata mesyuarat turut mengambil maklum mengenai status Pelaksanaan Penubuhan Agensi Tunggal Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk (Single Border Agency - SBA) sebagai salah satu inisiatif jangka panjang meningkatkan kecekapan pengurusan di pintu masuk negara.

 

"Kerajaan menjangkakan SBA akan mula dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2024," katanya.

 

Beliau berkata pelaksanaan SBA akan dapat menghasilkan pengurusan yang lebih terselaras, penguatkuasaan dan kawalan yang lebih cekap serta peningkatan integriti dalam pengurusan di pintu masuk.

 

Mengenai status pelaksanaan 23 inisiatif sedia ada di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), beliau berkata ia telah 62 peratus dilaksanakan.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, kawasan meletak kenderaan yang terhad menyebabkan berlaku kesesakan di sepanjang laluan…
Informasi
Jelas syarikat tersebut, TTA membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka, di samping…
Berita Domestik
  "Antara punca lain kesesakan lalu lintas yang dikenal pasti adalah terdapat ekspo di Dataran…