Inisiatif Go-To-Safety-Point, PDRM iktiraf 28 Pengusaha PETRON

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiktiraf inisiatif Go-To-Safety-Point (GTSP) yang dijalankan oleh 28 pengusaha stesen minyak Petron Malaysia.

Kesemua 28 pengusaha itu dianugerahkan surat penghargaan kerana memberikan bantuan awal kepada individu yang memerlukan pertolongan berkaitan kecemasan perubatan dan keselamatan untuk tempoh tahun 2020 dan 2021. 

Program GTSP yang diterajui oleh PDRM bertujuan untuk memastikan peningkatan kehadiran polis di stesen Petron, dan membolehkan masa tindak balas yang lebih pantas terutama dalam situasi kecemasan. 
 

petron


Semua stesen servis Petron mempunyai pelekat tingkap GTSP untuk memudahkan pengenalpastian lokasi GTSP. Kakitangan stesen servis Petron juga menjalani latihan berkala yang dianjurkan oleh PDRM bagi memastikan mereka sentiasa bersedia sekiranya terlibat dalam situasi kecemasan. 

Sepanjang tempoh pandemik 2020-2021, terdapat 30 insiden direkodkan. 

Beberapa insiden perubatan yang dibantu oleh kakitangan stesen servis Petron termasuk membantu pelanggan yang didapati tidak sedarkan diri di dalam tandas, pelanggan yang rebah di kedai Treats Petron, dan pelanggan yang patah tulang ketika turun dari bas semasa berhenti di stesen servis Petron. 

Kakitangan servis stesen yang terlatih telah menghulurkan bantuan awal sementara menunggu perkhidmatan kecemasan tiba.
 

peton


Selain itu, Petron juga turut melancarkan mural keselamatan bertemakan peribahasa Melayu bermula di Petron Nilai Impian dan lebih banyak mural akan diperkenalkan di stesen-stesen servis terpilih. 

Petron Malaysia telah bekerjasama dengan PDRM sejak 2013, dan merupakan syarikat minyak pertama yang melaksanakan GTSP di stesen servisnya. Sehingga kini, kesemua 740 stesen servis Petron di seluruh negara adalah sedia GTSP.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program GTSP ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah "United Against Crime" bertujuan untuk…