Inisiatif 'GoCar for Delivery' bantu perniagaan kecil sederhana (SME)

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah penyedia aplikasi perkongsian kenderaan, GoCar Malaysia hari ini memperkenalkan inisiatif baharu yang dikhususkan buat perniagaan kecil dan sederhana (SME), iaitu GoCar for Delivery.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Insiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu mana-mana perniagaan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak bulan lalu dengan harga serendah RM30/hari.

Dengan GoCar For Delivery, GoCar menawarkan penggunaan Nissan Almera yang terdapat di dalam barisan fleet mereka untuk tujuan penghantaran barang termasuk pasaraya, kafe, dan juga restoran, tanpa had perbatuan serta sokongan pelanggan 24 jam 7 hari seminggu.

Semenjak daripada pengenalan inisiatif ini, GoCar berjaya meraih kira-kira 120 pendaftaran terdiri daripada 40 entiti perniagaan serta perkhidmatan penghantaran barang.

Inisiatif ini diharap dapat membantu para pemilik perniagaan dan penghantaran barang untuk memenuhi permintaan yang tinggi buat masa ini serta menjana pendapatan tambahan sewaktu PKP.

Untuk memulakan perkhidmatan GoCar for Delivery, sila layari laman web GoCar di https://hi.gocar.my/gocar-for-delivery/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke…
Berita Domestik
Pengumuman itu dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City…
Berita Domestik
Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 50 tahun serta memiliki lesen…