Innova 2.0X - bukti keajaiban Toyota

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebut Toyota Innova kepada kaki kereta, mereka akan menggeleng kepala dan berkata ia sebuah MPV yang asas dan terlalu ringkas.

Tunjukan harga Innova 2.0X (iaitu RM125,324.28), mereka akan menggelengkan kepala dan mula berkata ia harga yang mengarut dan tidak berbaloi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah mungkin ada yang mahu anjurkan piket di hadapan ibupejabat UMW Toyota kerana mengambil keuntungan melampau.

Sebenarnya, penulis sendiri pun sama. 

 

 

Namun begitu, selepas diamati sejarah Innova ini dari zaman projek Kijang (Kerjasama Indonesia Jepang) sehingga ke generasi keenam projek itu, cabaran dan teknologi yang diperlukan nyata perlu dihormati.

Innova bukan satu-satunya produk MPV untuk rantau ini. Malah ia sudah menjadi ketua keluarga untuk MPV Asean dan kerana itu Toyota perlu membezakan Innova daripada MPV-MPV mereka yang lain yang lebih mampu milik - Sienta, Avanza dan Calya. 

 

 

Apa yang dilakukan oleh Toyota ialah memastikan Innova ini menjadi MPV paling selesa dan paling premium di dalam kategorinya dan itulah yang dilakukan oleh mereka - MPV dengan kerangka ladder-frame yang sama dengan trak pikap tetapi ditala agar menjadi sama selesa seperti sebuah MPV monocoque.

Kejayaan ini sangat menghairankan dunia automotif, termasuk jurutera-jurutera dari syarikat automotif yang lain kerana bagaimana sesuatu yang berkongsi paltform dengan sebuah trak pikap lasak boleh menjadi sebuah MPV yang nyata bukan sahaja selesa, tetapi masih mempunyai ramai pelangan walaupun pada harga premium.

 

 

Innova menjadi tanda aras MPV mampu milik dunia. Dari ASEAN ke India dan benua Afrika hingga ke Australia juga Timur Tengah, Innova terus dibeli oleh mereka yang perlukan sebuah MPV lasak.

Di Malaysia, UMW Toyota menyediakan pelbagai varian untuk Innova.

  • Innova 2.0E MT Taxi         RM78,309.24
  • Innova 2.0E AT Taxi          RM83,026.23
  • Innova 2.0E MT                RM101,739.38
  • Innova 2.0E AT                 RM109,286.55
  • Innova 2.0G AT                 RM116,833.72
  • Innova 2.0X AT                 RM125,324.28

Perbezaan antara varian-varian Innova ini ialah lebih kepada aksesori luaran, trim kabin dan teknologi-teknologi keselamatan yang wujud. 

Enjin kesemua varian itu kekal sama - enjin 1TR-FE 1,998cc Dual VVT-i dengan tenaga maksimum 139PS dan tork maksimum pada 183Nm. 

 

 

Careta menghabiskan masa beberapa hari bersama Innova 2.0X, varian paling mahal, paling mewah dan paling selamat dalam sejarah Kijang Innova.

Kajian Toyota mendapati memang wujud pengguna yang mahukan sebuah MPV lasak tetapi dengan ruangan dalaman yang mewah.

Di bawah kami senaraikan antara aksesori dan kelengkapan menarik pada varian X ini.

  • Lampu hadapan jenis LED (dengan fungsi auto levelling) dengan DRL LED 
  • Lampu kabus hadapan jenis LED
  • Roda aloi 17-inci dengan tayar 215/55 R17
  • Tempat duduk barisan kedua jenis kapten untuk keselesaan bertaraf Business Class
  • Kemasan dalam dan tempat duduk dari kulit premium sepenuhnya
  • Bahagian lain dengan kemasan plastik pada overfender
  • Tempat duduk pemandu kawalan elektrik 8-cara
  • Lampu ambien LED siling warna biru muda bagi kabin Innova X ini

 

 

Lain-lain bahagian ia adalah sama premiumnya dengan Innova 2.0G, bermakna kabin yang lebih selesa. lebih senyap dan lebih eksklusif adn penuh dengan kelengkapan yang setaraf dengan MPV kelas atas. Antaranya:

  • Meter Optitron dengan skrin TFT 4.2 inci berwarna 
  • Sistem audio DVD, MP3, HDMI, USB, Bluetooth, Reverse Camera dan 6 pembesar suara serta skrin sesentuh 8-inci
  • Tingkap berkuasa dengan suis auto up/down untuk SEMUA tingkap
  • Butang start/stop
  • 7 beg udara
  • ABS dengan EBD
  • Brake Assist (BA)
  • Vehicle Stability Control (VSC) dengan Traction Control (TC)


Dari segi pemanduan, kita memang tidak dapat langsung merasakan bahawa ia mempunyai tali persaudaraan kuat dengan Hilux atau Fortuner.

Ini paling penting kerana MPV memerlukan pengendalian selesa untuk semua penumpang dan langsung tidak terasa seperti ia menggunakan kerangka ladder. Kalau adapun jika ia melanda bonggol kelajuan bila dipandu laju.

 

 

Masalah kedua dengan kerangka lasak ini ialah berat. Kerangka monocoque yang digunakan oleh kereta biasa tidak perlu rangka ladder di bawah dan ini menjimatkan berat. Innova terpaksa cuba menyorokan masalah berat badan ini.

Enjin 1TR-FE 1,998cc 16-injap DOHC Dual VVT-i yang memang digunakan oleh semua varian Innova di Malaysia menghasilkan 139 hp dan 183 Nm - tidak cukup untuk benar-benar membuatkan Innova ini berasa lincah tetapi untuk pemanduan harian, ia dikira memadai.

Sekiranya kawasan tempat tinggal anda mempunyai banyak bukit dan anda pula sering membawa penumpang, transmisi manual lebih disarankan kerana walaupun transmisi automatik 6-kealjuan dengan Sequential Shifter itu boleh dikawal secara manual, ia tetap membuatkan enjin meraung bila bebannya tinggi.

 

 

Walaupun varian X hanya mempunyai enam tempat duduk, bebanan aksesori lain tidak menjadikan ia lebih ringan. Ini boleh dirasakan bila membrek di kawasan berliku atau bila menuruni bukit curam. Terasa berat yang perlu dikawal oleh sistem gantungan dan juga sistem brek. 

Adalah lebih baik jika Innova ini dipandu secara lebih matang.

Sekiranya kami tinggal di kawasan yang mempunyai jalanraya yang tidak begitu baik, atau sering melawat kawasan luar bandar dengan tebing jalan yang tinggi dan mungkin perlu meredah sedikit banjir, Innova ini memang sangat sesuai.

Perlu faham jika kerangka monocoque digunakan di atas permukaan kasar, badan kenderaan akan mula berkeriuk dan berbunyi-bunyi kerana panel-panel itu terpaksa meliuk bila kenderaan bergerak di atas permukaan tidak rata.

 

 

Kerana itu kenderaan lasak seperti trak pikap dan 4X4 dibina dengan kerangka ladder, dan badannya diikat di atas kerangka kerana badan tidak akan meliuk. 

Sayangnya, masalah kecil dari architecture sebegitu ialah ruangan kabin yang lebih kecil serta tidak boleh dibuat lubang dalam pada lantai untuk menanam tempat duduk barisan ketiga ke dalam lantai atau membuat ruangan kargo seperti pada Toyota Estima atau Nissan Serene S-Hybrid.

Kos menyelenggara turut dinyatakan di dalam laman web UMW Toyota dan tidak ada apa untuk disorokkan. Anda boleh klik di sini untuk melihat senarai harga servisnya.

 

 

Jadi siapa yang perlu memandu uji Innova? Mereka ialah yang ... 

  1. Tinggal di kawasan luar bandar dengan jalanraya yang agak kasar
  2. Perlukan sebuah MPV 7-tempat duduk yang selesa, tidak cerewet penjagaannya dan tidak akan dikejutkan dengan bil-bil alatganti yang mahal
  3. Mahukan sebuah MPV yang mempunyai penarafan 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean-NCAP
  4. Ingin menikmati layanan serba profesional dari pusat servis
  5. Berminat dengan sebuah MPV yang lasak dan akan hidup lebih lama dari anda sendiri

Jika anda mempunyai salah satu dari lima perkara di atas itu, jangan segan, jangan malu dan jangan jadi seperti kami. Cuba pandu uji dan kami pasti anda akan lihat kenapa Innova ialah satu innovasi Toyota yang kekal popular di dunia ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Rupa paras luaran MPV hibrid ini masih lagi kekal dengan versi facelift yang telah dilancarkan kira…
Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…