Innovate hasilkan kit badan agresif untuk si comel Honda e

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kereta elektrik yang menarik perhatian penulis adalah Honda e dengan elemen rekaan retro futuristik, dan saiz yang amat sesuai untuk kegunaan dalam bandar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang tidak berpuas hati dengan penampilan Honda e yang terlalu comel, terdapat pihak ketiga yang kini sedang membangunkan kit badan yang lebih agresif untuk dipadankan.

Innovate Composites menawarkan kit badan yang dilihat menjadikan Honda e bersedia untuk menawan apa jua litar lumba.

 


Kit badan ini merangkumi bampar hadapan serba baharu dengan bukaan di bahagian bawah, canard pada penghujung bampar, serta fender yang lebih lebar pada bahagian depan dan belakang.

Bahagian belakang pula menampilkan rekaan bampar yang lebih ringkas, kehadiran diffuser, serta spoiler bumbung.

Dalam hantaran di Instagram, Innovate Composites merancang untuk menghasilkan kit badan Honda e ini dalam unit yang terhad.

Sumber: Instagram Innovate Composites