Insiden banjir dewan pameran Ducati - ini dia cerita belakang

oleh HEZERI SAMSURI|
Tular gambar-gambar banjir di dewan pameran Ducati semalam dan seperti yang kita biasa lihat, netizen akan mula membuat siasatan berjemaah mereka, walhal bukan motosikal dia yang terbabit pun.

Tidak ketinggalan juga ada yang mahu menokok-nambah dengan memberi komen negatif berkaitan pengurusan syarikat milik arwah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin itu. Biasalah, kena tambah perencah sedikit, baru sedap. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bab Kumpulan Naza adalah satu-satunya syarikat pemegang AP yang berjaya membuka kilang kenderaan, syarikat hartanah dan pelbagai industri lain serta menawarkan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Malaysia, pandai pula buat-buat terlupa. 

Ya, dewan pameran Ducati yang kedua terbesar di Asean itu memang terjejas dengan keadaan banjir semalam. Menurut laporan dari mereka yang hampir dengan syarikat itu, bahagian hadapan bangunan itu tidak terjejas tetapi bahagian belakang bangunan itu memang lebih rendah dan kawasan itu terjejas kerana banjir kilat di Petaling Jaya semalam.

Unit-unit yang terkesan kerana banjir itu adalah milik Ducati sendiri dan juga ada motosikal-motosikal milik pelanggan yang menunggu untuk diservis.

Jadi ya, memang ada motosikal yang rosak kerana banjir. 

"Ooooh jadi motosikal-motosikal ni boleh la kena jual murah."

"Habis laaa owner! Kena tanggung sendiri."

"Ducati lepas ni buat sale motor banjir."

Komen-komen begitu terus tersebar dalam grup Whatsapp dan di media sosial. Namun begitu, ramai yang terlupa satu fakta utama - itu ialah pusat servis milik Ducati Malaysia sendiri dan kerana itu, ia pastinya mempunyai perlindungan insuran.

 

 

"Adalah satu kerja bodoh jika motosikal baharu yang terkena banjir ini diperbaiki dan dijual semula kerana insurans sudah boleh menggantikan stok-stok baharu itu," ujar sumber Careta.

Ini sama juga dengan pemilik-pemilik motosikal yang terbabit. Sememangnya akan terasa sedih melihat motosikal kesayangan ditenggelami air sungai tetapi banjir itu tidak dijangka. 

Pusat servis Ducati itu juga mempunyai insurans dan unit-unit yang terbabit pastinya akan dibaiki sehingga pulih. Dan oleh kerana itu ialah pusat servis rasmi Ducati Malaysia, ia adalah tempat terbaik untuk membaik-pulih motosikal Ducati kita kerana ia lengkap dan mempunyai jaminan.

Jadi ada dua pengajaran yang kita boleh dapat dari insiden ini:

1. Banjir besar boleh berlaku dalam sekelip mata.

2. Jika kita hantar kenderaan ke bengkel, PASTIKAN bengkel itu mempunyai insurans sebab banjir dan kebakaran boleh berlaku bila-bila sahhaja.

Jika anda terjejas dengan insiden banjir di Ducati itu, hubungi mereka atau email mereka di [email protected]



 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…