Insiden libatkan pengacara, BBC batalkan rancangan Top Gear UK

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BBC dilapor telah membatalkan sebarang kemungkinan untuk musim baharu bagi rancangan Top Gear UK, ia berikutan insiden kemalangan yang melibatkan salah seorang pengacaranya iaitu Andrew "Freddie" Flintoff pada Disember lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan popular versi UK tersebut berikutan kemalangan itu, yang berlaku semasa penggambaran.

Flintoff, 45, merupakan bekas pemain kriket England, di mana dia telah menyertai "Top Gear" sebagai pengacara pada tahun 2019.

 

2

 

Flintoff dikatakan bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan Disember lalu yang berlaku di trek ujian Top Gear, di selatan England.

Menurut laporan The Sun, Flintoff telah menerima penyelesaian bernilai 9 juta pound (RM52 juta) dari BBC Studios berikutan kemalangan tersebut.

BBC juga telah memohon maaf kepada Flintoff, di mana mereka akan kekal komited terhadapnya bersama dua lagi pengacara bersama untuk projek baharu yang sedang dibangunkan.

 

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…