Insiden Terowong Menora - PLUS komited pastikan aliran trafik berjalan lancar

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melahirkan rasa kesal dan simpati serta memohon maaf kepada semua pelanggan yang terperangkap di dalam kesesakan teruk di laluan Kuala Kangsar-Terowong Menora semalam. 

PLUS amat memahami situasi serta kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terpaksa mengharungi kesesakan dalam tempoh yang panjang berpunca daripada kebakaran dua buah treler di KM259.2 (Arah Selatan) di laluan terbabit. 

Sejurus selepas mendapat laporan kejadian, PLUS adalah yang pertama tiba di lokasi kejadian dan dengan segera memaklumkan kepada Jabatan Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi; mengikut prosedur piawaian termasuk memberikan laporan trafik menerusi akaun Twitter PLUSTrafik dan serta papantanda elektronik di sepanjang lebuh raya. 

PLUS juga telah mengaktifkan pusingan-U sementara dan susur keluar bagi memberikan para pelanggan laluan alternatif. Selepas ketibaan pihak berkuasa di lokasi kejadian, usaha mengawal dan memulih segera dilancarkan. 

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran seperti cuaca buruk, tumpahan minyak dan jumlah trafik hujung minggu yang tinggi, PLUS amat menghargai usaha dan komitmen dari Jabatan Bomba untuk memadamkan kebakaran, juga PDRM dan lain-lain agensi untuk sokongan mereka dalam pengurusan trafik.
 

 

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan PLUS. Mengambil iktibar dari kejadian-kejadian sebelum ini, PLUS komited untuk memberikan usaha yang terbaik bagi menangani insiden ini selain terus menambahbaik prosedur operasi termasuk kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi memperbaiki tempoh masa tindak balas. 

Syarikat pengendali lebuhraya itu juga amat berminat untuk berbincang bersama syarikat-syarikat pengangkutan dan logistik tentang usaha-usaha kolaboratif bagi mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat. 

PLUS juga menggalakkan semua pemandu untuk mengamalkan tip-tip pemanduan bertahan (defensive driving tips), dan menjemput mereka untuk berehat seketika apabila perlu, khususnya semasa pemanduan jarak jauh. 

PLUS juga menyediakan talian bebas tol, PLUSLline di 1-800-88-0000, atau memuat turun aplikasi telefon bimbit PLUS yang mempunyai ciri SOS untuk pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan semasa berada di lebuhraya PLUS.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…