Insiden Veloz terbabas di NKVE, KKR arah siasatan terperinci

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan siasatan terperinci berhubung insiden nahas membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Isnin lalu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Insiden nahas yang berlaku itu adalah disebabkan oleh kekeliruan pertindihan garisan jalan yang berbeza warna.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,  laporan awal menunjukkan syarikat konsesi Lebuh raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) sudah mengenal pasti kawasan pertindihan garisan jalan yang perlu ditambah baik sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Katanya, DASH mula melakukan proses menghitamkan garis jalan yang bertindih sejak semalam, dan akan melihat secara keseluruhan kadar penghitaman yang diperlukan, dengan kerja penambahbaikan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.
 

NKVE


"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak di NKVE, terutamanya garis jalan kuning dan putih supaya lebih teratur dan jelas serta selamat untuk dilalui pengguna.

"Saya menekankan perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

"Pada masa sama, saya juga meminta semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab kita bersama," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

 


Sumber: Twitter Alexander Nanta Linggi