Institut Jepun kesan kehadiran UFO 452 kali tahun 2021

oleh Mohamad Hanif|
Institut Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) Antarabangsa di Jepun mendakwa telah merekodkan 452 penampakan UFO sepanjang tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Institut persendirian yang ditubuhkan di wilayah Fukushima pada musim panas 2021 itu menyatakan, 125 penampakan itu disokong oleh foto dan 24 lagi oleh rakaman video.

Organisasi tersebut diketuai oleh Ketua Pengarang Majalah Mu, Takeharu Mikami dan beroperasi di daerah linomachi, Fukushima.

Kawasan itu sudah lama terkenal dengan dakwaan penemuan  UFO di sekitar Gunung Senganmori.

Menurut Mikami, kesemua gambar dan rakaman UFO tersebut telah dianalisis menggunakan perisian khas untuk memastikan ia tidak palsu.

Bagaimanapun, hanya segelintir gambar yang dipertontonkan kepada umum. Antaranya termasuk  objek berbentuk piring terbang yang tidak diketahui asal usulnya di langit.

“Ia bukan burung jadi ia berkemungkinan besar UFO,” kata Mikami.

Pentadbiran tempatan melakukan banyak usaha untuk mempromosikan daerah Iinomachi sebagai ‘rumah’  makhluk asing di Jepun.

Sumber: Agensi menerusi Kosmo!