Insurans percuma dengan kerjasama Petronas dan Zurich untuk golongan B40

oleh SALINA JALIL|
Pengendali insurans dan takaful, Zurich General Insurance Malaysia Bhd memperkenalkan insurans kemalangan diri percuma dengan nilai perlindungan sehingga RM50,000 khusus untuk kumpulan berpendapatan rendah (B40) melalui kerjasama dengan PETRONAS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Junior Cho, berkata di bawah kerjasama itu, mereka yang berbelanja sejumlah RM100 sebulan dan mengemukakan Kad Mesra untuk setiap pembelian akan layak mendapat perlindungan insurans berkenaan.

 

“Kerjasama ini, yang turut disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan insurans individu dan kami prihatin terhadap kumpulan B40, terutama dalam kalangan penunggang motosikal, di mana risiko kemalangan adalah tinggi,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembukaan rasmi pejabat cawangan Zurich Malaysia oleh Ketua Negara Zurich Malaysia, Stephen Clark di sini, hari ini.

 

Cho berkata, faedah kemalangan diri itu termasuklah pendapatan masuk hospital akibat kemalangan, kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal, pampasan berganda dan perlindungan di seluruh dunia.

 

Sementara itu, Clark berkata, Zurich Malaysia akan terus berkembang untuk memberikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.

 

“Kami berusaha untuk menjadikan perlindungan lebih mudah dicapai, mudah didekati dan mudah kepada pelanggan, untuk meningkatkan gaya hidup mereka di Malaysia,” katanya.

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Kempen "Small Change Goes the Distance" PDB yang…
Pelancaran
Petronas Dagangan Berhad hari ini melancarkan bahan api baharu Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive…
Berita Domestik
  Menurut Ketua Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly ketika berucap merasmikan kempen Mesra…