Insurans Perjalanan AIG kini lebih mudah dibeli di Lazada

oleh HEZERI SAMSURI|
AIG Malaysia akan menawarkan pakej insurans perjalanan (traveling insurance) kepada para pelanggan di dalam pesta jualan diskaun terbesar tahun ini, Lazada Online Revolution.

AIG Malaysia akan bersama dengan dua buah jenama lain, MedKlinn Malaysia dan Universal Traveler untuk promosi ini yang berlangsung dari sekarang sehinhgga 12 Disember 2017.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

MedKlinn Malaysia ialah pembuat produk pembersih dan penyah-kuman untuk udara dan Universal Traveler ialah jenama pakaian musim sejuk dari Asia Tenggara.

Sesiapa yang membeli produk MediKlinn atau Universal Traveler akan menerima akses kepada produk-produk insurans perjalanan oleh AIG Malaysia.

Ini adalah kali pertama AIG Malaysia mengambil bahagian di dalam promosi jualan atas talian (online).

 

AIG Malaysia berharap agar usahasama ini bakal membantu memberikan penerangan dan kesedaran akan kepentingan perlindungan insurans perjalanan kepada pelancong dari Malaysia.

Ia juga memudahkan proses pembelian pakej perlindungan insurans dengan cara pembelian online.

Menurut Antony Lee, CEO untuk AIG Malaysia, ia adalah sebahagian dari usaha syarikat untuk mempelbagaikan pilihan kepada pengguna Malaysia dengan menggunakan platform online dan lain-lain bagi menarik perhatian segmen-segmen pengguna.

Anthony Lee, picture from The Edge

 

"Kami mahu pengguna sedar bahawa insurans boleh dibeli dengan cara lain dan bukan hanya dari agen insurans sahaja."

"Sebagai peneraju di dalam bidang inovasi dan konsep untuk industri insurans negara, AIG mahu menjadikan proses pembelian pakej perlindungan insurans lebih cepat, lebih mudah dan lebih praktikal melalui platform e-Dagang ini," ujar Lee.

 

Untuk membeli produk MediKlin, anda boleh terus ke https://www.lazada.com.my/medklinn/

Untuk membeli produk Universal Traveler, anda juga boleh melayari http://www.lazada.com.my/universal-traveller-official-store

Pengguna masih boleh membeli pakej insurans perjalanan oleh AIG dari agen-agen insurans atau jika mahu, terus ke laman web AIG di www.aig.my atau di laman web Lazada di http://www.lazada.com.my/aig-malaysia-insurance

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…