Integra 2023 bakal dibangunkan di Jepun, guna platform Civic

oleh Mohamad Hanif|
Dalam artikel yang terdahulu, wakil jurucakap Acura tidak mendedahkan secara terperinci apakah perancangan yang bakal dibawakan oleh jenama itu menerusi pengenalan semula nama ikonik Integra ke persada dunia, sama ada ia sebuah coupe, sedan empat pintu atau crossover.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun dalam satu laporan berbeza dari MotorTrend, terdapat informasi baharu yang menerangkan dengan lebih teliti berkenaan model Acura Integra yang bakal muncul pada tahun hadapan itu.

Sudah pasti, jangkaan daripada para peminatnya amat tinggi dan Honda (Acura) tidak mahu mengecewakan mereka yang ternanti-nantikan kehadiran Integra.

Menurut Jon Ikeda selaku bos Acura, walaupun Acura Integra lebih dekat sebagai kereta 'Amerika', beliau menjelaskan Integra baharu ini akan dibangunkan di Jepun dengan menggunakan platform Civic.
 

Civic


Ini secara tidak langsung membolehkan Integra mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Civic coupe dua pintu yang dihentikan penawarannya.

Tambah Ikeda lagi, beliau amat gembira dengan rekaan Integra yang sporti dan boleh dikenali sebagai sebuah Integra.

"Integra bukanlah model pengganti kepada ILX, akan tetapi Integra merupakan sebuah model 'aras mula' Acura.

Ketika ditanya sama ada Integra bakal dihasilkan dalam versi coupe dan empat pintu yang sporti seperti model terdahulu, Ikeda sekadar menjawab, "mungkin."
 

Civic


Walaupun Integra menggunakan platform Civic, model generasi baharu itu tidak akan hadir dengan versi penuh Type R untuk permulaan waktu, walaupun Ikeda tahu sesetengah pihak akan bertanyakan berkenaan model Integra yang lebih pantas.

Sebaliknya, Integra baharu itu akan mendapat versi Type S bagi mewujudkan persamaan dengan model-model Acura yang ditawarkan pada ketika ini.

Sumber: MotorTrend

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan…
Berita Global
Namun, ia berkongsi nadi 2.0 liter turbo yang sama, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 320 hp…
Berita Global
  Integra ini diubah suai oleh Tony Star Performance dan dibawa ke pelbagai pameran dan acara…