Intip: Hyundai 45 diuji di Litar Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih ingat, Hyundai pernah memperlihatkan sebuah model konsep yang digelar sebagai Hyundai 45 Concept yang membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada model konsep pertama Hyundai itu sendiri - Pony Coupe 1974.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Beberapa bulan selepas kemunculan rasmi di IAA 2019, kelibat kereta elektrik Hyundai tersebut telah pun mula dikesan sedang diuji di lokasi yang tidak asing lagi bagi para pengeluar automotif, iaitu di Litar Nurburgring.

 


Difahamkan, model yang dibangunkan atas pelantar kereta elektrik E-GMP ini akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun ini sebelum memasuki pasaran utama pada tahun 2021 sebagai pesaing kepada model-model elektrik lain seperti Volkswagen ID.4 dan Skoda Enyaq.

Dari segi penampilan, Hyundai 45 ini bakal membawakan penampilan yang hampir serupa dengan model konsep yang dipamerkan sebelum ini, seperti garis badan yang tajam, spoiler belakang, set lampu depan dan belakang serta rekaan rim aloi yang hampir serupa.

 


Platform E-GMP daripada Hyundai Group ini turut memberikan Hyundai 45 sistem pengecasan berkuasa 800 voltan yang sama seperti Porsche Taycan.

Berdasarkan rekaan konsep yang dipamerkan, Hyundai 45 Concept juga banyak membawakan elemen klasik moden pada ruang dalaman, kebanyakannya disumbangkan oleh penggunaan bahan kitar semula pada papan pemuka, serta upholsteri.

Penampilan bahan ini turut disulamkan dengan elemen moden seperti sistem lampu ambien tersorok serta pad sensitif sentuhan berlampu pada sesetengah tempat.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi penampilan, Hyundai Ioniq tidak membawakan perubahan besar berbanding model konsep asal…
Berita Global
Jenama yang menggunakan huruf H italik, Hyundai mengambil langkah yang sama dengan membawakan…
Berita Global
Hyundai 45 Concept, sebuah hatchback berkuasa elektrik sepenuhnya itu disahkan akan mula…