Menurut laporan daripada The Korean Car Blog, unit ujian tersebut tidak mempunyai sebarang emblem atau slot pengecasan pada bahagian kiri dan kanan kereta, membuktikan ia bukan sebuah kenderaan plug-in hybrid.

Sementara di bahagian belakang pula, ia menampilkan tip ekzos tunggal yang bukan ciri standard untuk Kia Carnival, di mana ia diposisikan sama seperti model Kia Sorento Hybrid.
Laman web Korea Selatan itu turut mendakwa Kia Carnival Hybrid bakal dilancarkan di sana pada tahun depan, serentak dengan pelancaran SUV elektrik Kia EV9.

Dari segi trenkuasa, ia dijangka membawakan tetapan yang sama seperti Kia Sorento Hybrid, dengan enjin Smartstream 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik tunggal, menghasilkan kuasa setinggi 227 hp/350 Nm dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan sistem pacuan roda depan sahaja, disebabkan rekaan lantai belakang unik Kia Carnival yang tidak mampu menyokong sistem pacuan semua roda.
Sumber: The Korean Car Blog