Ioniq 5 Robotaxi - Lulus ujian memandu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Hyundai dan syarikat teknologi pemanduan autonomi, Motional telah berjaya membuktikan kenderaan pemanduan autonomi (pemanduan sendiri) kini lebih baik dari dahulu.

Terkini, Hyundai menggunakan Ioniq 5 Robotaxi dengan teknologi pemanduan autonomi untuk mengambil Ujian Memandu Kelas C di Las Vegas, US dan kenderaan tanpa pemandu itu lulus tanpa membuat sebarang kesalahan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di kawasan tertutup, walaupun sebenarnya masih ada trafik yang lalu lalang di laluan ujian itu yang mampu menguji keselamatan pengguna awam secara am.

Oleh kerana ia satu simulasi ujian, Ioniq 5 Robotaxi tersebut tidak menerima lesen memandu itu secara rasmi tetapi ia masih membuktikan bahawa usaha mereka sudah mempunyai kemajuan yang cukup baik.

Hyundai juga berkata ada segmen pemanduan autonomi itu yang masih memerlukan seorang pemandu untuk berada di dalam kenderaan kerana undang-undang masih tidak membenarkan kenderaan itu bergerak bersendirian.

 

 

Tenaga penguji yang bertanggung jawab atas ujian memandu itu sendiri takjub dengan prestasi Ioniq 5 Robotaxi.

Kenderaan panduan autonomi memang menjadi sasaran kebanyakan syarikat EV dan walaupun ia dilihat "berjaya", masih ada lagi kes-kes kemalangan atau masalah yang diakibatkan oleh kenderaan berteknologi tinggi itu.

Terbaharu ialah bila Januari lepas sebuah teksi panduan autonomi dari Cruise (anak syarikat GM) yang melanggar dan seorang pejalan kerana "masalah sambungan internet".

 

 

 

Wanita yang menjadi mangsa itu cedera parah akibat diseret di bawah teksi itu sejauh 20 kaki dan lesen panduan autonomi Cruise ditarik balik sehingga siasatan siap.

Tidak ada pemandu di dalam teksi Cruise itu dan pihak bomba terpaksa menghubungi Cruise untuk menutup sistem operasi teksi autonomi itu demi untuk menyelamatkan mangsa.

Jalan raya di US dan di Eropah jauh lebih tersusun dan lebar berbanding dengan jalan raya di bandar-bandar Asia Tenggara.

Bayangkan jika teksi panduan autonomi ini dilepaskan bebas di Kuala Lumpur. 

Adakah Malaysia sudah bersedia? Kongsikan pendapat anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Ia berikutan dua kenderaan pandu sendiri mereka telah melanggar trak tunda yang sama selang…
Berita Global
Tiga unit e-Palette diberhentikan minggu lalu selepas salah satu darinya telah melanggar dan…